Kursus Tranformasi Imej Korporat Untuk Setiausaha | Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad |14 -15 Mei 2016

Kursus Tranformasi Imej Korporat Untuk Setiausaha Angkasa pada 14-15 Mei 2016.

Pada zaman ini, seorang Setiausaha dilihat sebagai satu jawatan yang  ‘high profile’ dan dipandang tinggi. Kemahiran yang perlu ada pada seorang Setiausaha di zaman ini bukan sekadar kemahiran mengurus majikan dan mengurus pejabat, namun seorang Setiausaha perlu mempunyai pakej diri yang hebat iaitu kemahiran dalam ketrampilan diri, kemahiran komunikasi dan kemahiran menyesuaikan diri dengan pelbagai lapisan jawatan di dalam organisasi.

Terdapat enam modul yang dikongsikan sepanjang dua hari berkursus. Objektif kursus adalah memantapkan imej korporat dan berkongsi teknik penampilan korporat kepada semua peserta.

Penghargaan buat pihak Angkasa atas jemputan dan peluang yang diberikan untuk kami mengendalikan kursus ini.

Terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan kursus ini, dan kepada semua peserta yang hadir. Kami mendoakan agar semua peserta yang hadir agar terus cemerlang dalam memberi khidmat dan sumbangan.

Kami kongsikan gambar-gambar yang diambil semasa kursus :

13227074_661322497342147_5353843876586333186_n 13239212_661322484008815_5089101788708880991_n 13233137_661322477342149_5489090199254214937_n 13177502_959384357444597_4472224968308434474_n 13178730_959384290777937_3558185505675668484_n 13238970_959384254111274_7175787766619314020_n 13227743_959384250777941_7326805693517918175_o 13217408_959384217444611_6070826879748081839_o Kursus Tranformasi Imej Korporat Untuk Setiausaha

 

Tuesday, May 17th, 2016May 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *