Kursus Setiausaha Cemerlang : You Can Be One! Kementerian Kesihatan Malaysia Pada 26 – 28 Julai 2019

Kursus Setiausaha Cemerlang: You Can Be One!

Kursus Setiausaha Cemerlang: You Can Be One! telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 26 hingga 28 Julai 2019 di Dewan Seminar Jade Vine, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands. Tim Perunding Imej Malaysia sangat berbesar hati apabila kami dijemput oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Pembangunan Kompetensi) untuk mengendalikan Kursus Setiausaha Cemerlang: You Can Be One!

Hampir 29 orang Setiausaha daripada KKM Zon tengah (Perak, Kuala Lumpur dan Selangor) berkumpul selama 3 hari 2 Malam di sini untuk menuntut ilmu dan berkongsi pengalaman dalam Kursus Setiausaha Cemerlang: You Can Be One! ini.

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Kursus Setiausaha Cemerlang

Kursus Setiausaha Cemerlang

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan, serta memiliki kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

 

Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.

 

Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Pembangunan Kompetensi) di atas kepercayaan yang diberikan dan setinggi penghargaan juga kepada semua peserta yang hadir dari seluruh Malaysia. Modul-modul yang disampaikan adalah pengisian terkini berkaitan kemahiran pengurusan kerja seorang Setiausaha profesional, merangkumi kemahiran komunikasi dengan bos, VIP, staf, tetamu dan pelanggan.  Mereka juga didedahkan dengan etiket sosial dan bisnes dalam membawa diri sebagai Duta organisasi dan bos, serta motivasi dalaman diri dalam melonjakkan mutu perkhidmatan serta mendepani cabaran kerja.

 

Bersama barisan urusetia kursus daripada Bahagian Kompentensi KKM yang bertungkus-lumus menjayakan Kursus Setiausaha Cemerlang : You Can Be One ini. Tahniah dan terima kasih…

 

 

 

 

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Setiausaha Cemerlang: You Can Be One! ini :

  1. Penceramah amat profesional dan program ini amat bermanfaat – Alifah – Setiausaha Pejabat N32
  2. Sangat informatif. Saya bagi 5 bintang! – Noor Dayana Nadiah binti Surandi – Pembantu Setiausaha Pejabat
  3. Kursus ini sangat bagus dan memberi pengetahuan yang baru dan berguna – Puteri Nur Afiqah bt Megat Albakish – Pembantu Tadbir
  4. Best + Enjoy – Siti Nur Fitrahana – Setiausaha Pejabat
  5. Penceramah banyak pengalaman dalam bidang pengurusan motivasi dan jati diri yang disampaikan kepada peserta dalam kesetiausahaan – Farrah Quraishah Daud – PT N22 (UUP)
  6. Penceramah sangat kreatif dan bermotivasi – Norhazlin bt mohd Yunus – Setiausaha Pejabat
  7. Banyak input-input baru yang saya perolehi – Nurehan binti Ghazali – Pembantu Tadbir (P/O) N19
  8. Banyak ilmu yang diperolehi daripada penceramah dan program – Norfatihah binti Ramele – PT
  9. Penyampaian yang menarik dan berkesan serta tidak membosankan – Siti Annaimah bt Md Haris – PSP N22
  10. Terbaik !!! – Azaniza binti Zainuddin – Penolong Pegawai Tadbir
  11. Objektif tercapai – Nor Shahila Abdul Shukor – PT
  12. Menarik – Ellani Dawiena binti Pardan – Setiausaha Pejabat
  13. Menarik, mantap, terbaik – Norihan Mat Tasan – Pembantu Tadbir
  14. Excellent – Yusmilaini bt Mohd Yusoff – Setiausaha N29
  15. Terbaik – Siti Marsyahida Mat Isa – Setiausaha Pejabat
  16. Sangat bagus. Bersesuaian dengan kursus – Siti Rozana binti Ismail – Setiausaha pejabat
  17. Excellent – Masdiyana Abdul Aziz – Setiausaha Pejabat
  18. Amat Baik – Latipah binti Mastor – Pem Tadbir
  19. Penceramah & program amat baik dan sempurna – Nor Hanim binti Baharin – Setiausaha Pejabat
  20. Kedua-dua penceramah dapat memberikan penyampaian yang terbaik – Norliza Othman – Setiausaha Pejabat
  21. Kedua-dua penceramah sangat bagus dalam topik masing-masing – Marina binti Mustapa – Setiausaha Pejabat
  22. Terbaik, cantik, sweet, meyeronokkan – Norjanah Abdul Karim – PT (N22)
  23. Sangat baik dan ceramah yang disampaikan adalah menarik – Nurul Hanani Ndzri – Setiausaha Pejabat
  24. Terbaik – Nor Faidzah binti Padzi – Setiausaha Pejabat
  25. Kursus dan penceramah amat memuaskan – Zarinah bt Mydin – PT (P/O)
  26. Sangat memuaskan – Salha binti Akhsah – Pembantu operasi

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, July 29th, 2019July 29, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.