Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi | Kolej Poly-Tech MARA | 24 September 2019

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi.

Pada 24 September 2019 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi oleh Kolej Poly-Tech MARA Bangi bertempat di Bilik Seminar E6, KPTM Bangi. Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis

Pengetahuan dan kemahiran mengenai protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi.

Objektif Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi ini adalah seperti berikut :

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi di Malaysia
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia iaitu pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi
  • Mengaplikasi pengurusan majlis rasmi melalui simulasi majlis rasmi di akhir kursus

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis

 

Kursus ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu dalam menganjurkan dan mengendali majlis rasmi.

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis

 

 

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis

Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis

 

Selama sehari kursus berlangsung, terdapat tiga modul pembelajaran yang dikongsikan secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir. Antaranya ialah Pengenalan Protokol, Majlis dan Sumber Amalan, Heirarki, Format dan Susunan Tempat Duduk, dan Pengurusan Jemputan dan Persiapan Venue.

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Protokol dan Pengendalian Majlis Rasmi ini :

  1. Penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi berkaitan pengurusan majlis – Nor Hadza – Pensyarah
  2. Penceramah yang berpengalaman dan program dikendalikan dengan baik – Johari –  Pen. Pengarah
  3. Bagus dan jelas penerangan yang diberikan – Nor Syahida – Pensyarah
  4. Cemerlang – Siti Rohaidah – Setiausaha
  5. Terbaik – Yatin – Pembantu Tadbir
  6. Sangat bagus – Penolong Pengarah Kanan
  7. Sangat mahir dan berkeupayaan dalam mengendali majlis. – Zuraidah – Pensyarah
  8. Penceramah sangat cekap – Mohd. Farid – Pensyarah
  9. Penceramah berpengetahuan yang luas dalam bidang ini – Annis – Pen. Pengarah Kanan HEP
  10. Sungguh memuaskan – Naeem – Pensyarah
  11. Terbaik! – Haslina  – Pensyarah
  12. Bagus – Munirah – Kaunselor
  13. Informative – Nadiah  – Pensyarah
  14. Baik – Nurul Safura – Pensyarah
  15. Bagus – Nurhartini – Pensyarah
  16. Sangat baik – Noor Farhana – Kerani
  17. Bagus penjelasanya – Nurul Zaiha – Pensyarah
  18. Memberikan input yang banyak dan baik – Asrul – Pensyarah
  19. Very good – Siti Normarlina – Pensyarah
  20. Seronok – Hirda Yanti – Penyelia Asrama
  21. Penyampaian yang baik dan pengisian program yang jelas – Azizul – Kerani

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protokol Dan Pengendalian Majlis Rasmi ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, September 25th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments