Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP | Little Caliphs International Sdn Bhd | 16 & 17 Julai 2019

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini telah berlangsung selama dua hari  pada 16 dan 17 Julai 2019. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijmput oleh Little Caliphs International Sdn Bhd untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Pejabat Little Caliphs International Sdn Bhd., Shah Alam, Selangor. Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada  pegawai eksekutif, pengurus, pengetua dan staff dari Little Caliphs International Sdn Bhd tersebut berkumpul di sini selama 2 hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

NLP adalah merupakan satu kaedah untuk memahami bagaimana minda beroperasi dan kemudiannya mempengaruhi tingkah laku dan prestasi seseorang. Dengan meneliti dan meneroka ke dalam gaya berfikir, para pengkaji NLP telah menyusun dan menstruktur kaedah-kaedah yang berkait tentang pemikiran dan tingkah laku. NLP adalah satu model yang unik bagaimana manusia belajar, memotivasikan diri mereka dan mengubah perlakuan untuk mencapai kecemerlangan dalam sebarang   bidang. Ada sesetengah kelompok yang menganggap ianya sebagai salah satu cadang psikologi gunaan, walaupun NLP tidak melalui proses akademik yang ketat. Setakat ini, ada bermacam definisi yang diberikan oleh pengasas dan penyumbang NLP.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

Secara ringkasnya, NLP boleh difahami dengan mendefinisikan perkataan-perkataan yang membentuk NLP, iaitu Neuro: Berkait tentang sistem minda-tubuh dan bagaimana ia berfungsi. Ia juga berkait dengan keadaan minda dan fisiologi seseorang. Ia juga boleh dfahami sebagai proses berfikir, bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bauan untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Linguistic: Bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan, menerangkan, mengkategori dan menganalisa realiti yang kita hadapi. Hasilnya, ia akan mempengaruhi kita dan orang di sekeliling kita. Bahasa yang berbeza memberikan model pemikiran yang berbeza. Programming:  Corak pemikiran dan gaya kita melihat dan memberikan respon terhadap sesuatu. Kita mentafsir dunia ini berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu, bagi mencapai keperluan kita. Kita mencipta tingkahlaku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian kita menceritakan semula pengalaman itu, dan mungkin dapat mengulanginya semula.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

NLP membolehkan kita mencontohi atau model, atau meniru kecemerlangan manusia dalam berbagai bentuk. Dengan NLP kita dapat mengenal pasti apa yang membuatkan seseorang itu amat berkebolehan atau berkemahiran dan mendapatkan kebolehan tersebut untuk diri sendiri atau mengajarnya kepada orang lain. NLP dapat membantu kita menjadi mahir dalam apa jua yang penting kepada kita, samada ianya mengenai hubungan dengan keluarga ataupun rakan sekerja ataupun untuk menjadi lebih efektif di tempat kerja. NLP amat berguna dimana sahaja kemahiran komunikasi manusia boleh menyerlahkan hasil  dalam pemiagaan, pengurusan, pendidikan, kaunseling, rawatan atau terapi, hubungan, keibu-bapaan, pengucapan “awam dan penyampaian, penjagaan rawatan, penyertaan sukan dan berbagai bidang lagi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

NLP membolebkan seorang terapis mengubah impak masa silam ke atas seorang kliennya, seorang guru mengubah pelajar yang tidak dapat mengeja dengan baik. seorang ahli pemiagaan usahawan dapat membina serta meningkatkan hubungan (rapport) tidak lisan serta mengendalikan mesyuarat lebih efektif. ahli sukan dapat meningkatkan konsentrasi dan banyak lagi. Sekalipun NLP boleh digunakan sebagai kaedah terapi namun aplikasinya adalah lebih meluas. Walaupun digunakan sebagai kaedah terapi. secara asasnya ia adalah satu proses yang mengajar kita bagaimana menggunakan otak kita. Kebanyakan terapi adalah remedi atau pemulihan yang ditujukan kepada menyelesaikan masalah dari masa silam. NLP pergi lebih jauh dengan mengkaji kecemerlangan dan mengajar kemahiran yang memupuk perubahan positif bagi menjana kemungkinan dan peluang baru.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah. Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkahlaku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

 

Semoga Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.  Semoga segala input dan kandungan kursus yang disampaikan jelas dan boleh dipraktikan oleh peserta untuk memastikan sistem khidmat pelanggan menjadi lebih lancar dan sistematik. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini :

  1. MashaAllah kursus ini banyak membantu menyedarkan yang banyak perkara boleh diubah dan memandang tinggi dengan kerja – Nur Fadzrillah Mazlan – Pengurus
  2. Sangat menarik, menyampaikan maklumat dengan kreatif dan sampai ke hati dan minda – Syazwani – IT executive
  3. Sangat energetic dan bagus – Radzilah Ramli – Principal
  4. NLP: Excellent. Customer Service: Very Good – Fatimah Az-Zahra – Executive
  5. Menarik and set a lot of new knowledges. Need to attend again – Nurul Azirah – Principal
  6. Very knowledge, very attractive, funny and many more – Mumtazz – Manager
  7. Sangat baik dan bermanfaat – Muhammad Nurhakim bin Mohd Deris
  8. Terbaik!!! – Aiza Izyani – Location Executive
  9. Thank you for the knowledge. – Nurshalina Rani – Executive
  10. Good presenter – Noraida Zakaria
  11. Sangat baik. – Aksrina Aksah – Account executive
  12. Bagus, the best. – Najwa Nawaddah Zainal – Suria Executive
  13. Interaktif – Syahirah – HR
  14. Ecellent! – Nurjiehan Mohamad Nor – Executive
  15. Best, maklumat tepat dan tidak bosan – Adlin – Principal
  16. Program ini difahami iaitu untuk menangi hati manusia dengan human touch – Aizat – Merchandise
  17. 5 stars – Muhamad Fitri – Merchandise store
  18. Good – Mohd Arif Shah bin Abu Bakri – Executive maps
  19. Ilmu ini sangat menarik dan penyampaian sangat bersahaja. Cuma ilmu ini sangat besar skop dan mungkin memerlukan fokus / tambahan / kesinambungan – Zarina Mohd Tahir – Principal
  20. Good, bijak attract audience – Nur Atirah Syazwani Sorkawi – Executive Merchandise
  21. Bagus – Atiqi – Executive
  22. Very energetic, very informative – Nur Ashikin – Principal
  23. Sangat bersemangat – Adika Khalid – Executive
  24. A++ – Mohd Azly bin Kadir – Executive
  25. Energetic, lot of knowledge – Nur Iza Deliana Razali – Principal
  26. Good – Nur Amalina binti Rupawon – Carta executive
  27. So cool – Rafidah bt Basar – Executive
  28. 5 stars – Nur Zakirah binti Ahmad Jailani – CEO office
  29. Bagus – Nurul Syafiqah – Event executive
  30. Terbaik – Muhammad Noor Aiman bin Noor Azlan – Executive
  31. Best – Nurul Fatin Zainudin – Executive
  32. Kursus ini menarik – Nur Aina – Carta

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

 

Thursday, July 18th, 2019July 18, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.