Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam | KKM | 17 – 19 November 2016

Jadikan setiap saat peluang di pentas sebagai medium menyampaikan kepakaran dan keterujaan anda, dan ia bermula dengan teknik yang betul. Mempunyai ilmu dan kelebihan dalam pengucapan awam dapat menaikkan personaliti dan karisma diri seseorang. Imej yang menarik merangkumi cara berucap yang mengkagumkan dan berpengaruh. Memiliki kamahiran pengucapan awam sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang pembentang yang hebat. Seorang pembentang juga mestilah mahir dalam cara berpakaian yang tepat dan hebat, mengikut mesej ucapan yang hendak disampaikan dan mestilah bersesuaian juga dengan siapa audien yang akan hadir mendengar ucapan, acara apa serta tempat dan waktu menyampaikan ucapan.

Pada 17 – 19 November, Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam ini telah berlangsung di Hotel Arenaa Star, Kuala Lumpur, selama 3 hari 2 malam. Kursus ini mendedahkan teknik penampilan diri yang ‘wow’ serta teknik pengucapan awam yang terkini dan berkuasa untuk menaikkan reputasi dan kredibiliti diri para peserta.

Antara gambar-gambar semasa program berlangsung;

Monday, November 28th, 2016November 28, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *