Kursus Pengacaraan Majlis Rasmi

Kursus pengacaraan majlis rasmi ini bertujuan untuk memberikan kemahiran pengacaraan majlis yang merangkumi kemahiran terhadap elemen pengurusan sesebuah majlis rasmi.  Kemahiran mengacarakan majlis rasmi bukan hanya sekadar pandai berbicara dan mempunyai suara yang lunak. Selain perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan berucap di khalayak, pengacara yang baik dan berkesan juga mestilah mempunyai asas protokol dan pengurusan majlis yang mantap. Pengacara majlis yang baik perlulah mampu melaksanakan tugasan dengan berkesan. Hanya pengacara yang mempunyai ilmu dan kemahiran, terlatih serta mendapat pendedahan sahaja mampu mengacarakan majlis dengan sempurna. 

Pengetahuan terhadap elemen protokol yang utama seperti seating arrangement, panggilan hormat serta susunan keutamaan tetamu majlis sangat penting diketahui. Ini adalah disebabkan pengacara akan berhadapan dengan ramai VVIP. Kemahiran terhadap elemen pengurusan majlis juga sangat penting. Ini kerana semasa majlis, pengacara menjadi teraju utama (running the show). Kemahiran dan kredibiliti seorang pengacara majlis akan menjadi menjadi tunggak kepada kesempurnaan sesebuah majlis. 

 

OBJEKTIF

  • Pendedahan kepada kemahiran pengacaraan majlis rasmi
  • Pengetahuan elemen mengendalikan majlis dalam konteks seorang Pengacara Majlis
  • Kemahiran merancang, menyedia dan menyemak skrip pengacaraan majlis
  • Tips dan panduan menjadi pengacara majlis yang berwibawa dan berkesan
  • Memahami mekanisme dalam menangani gugup dan cara menguruskannya
  • Simulasi mengacarakan majlis mengikut amalan protokol

 

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1: Peranan Dan Tanggungjawab Seorang Pengacara Majlis
  • Modul 2: Ciri Penting Pengacara Majlis Yang Efektif Dan Teknik Pengacaraan
  • Modul 3: Penulisan Skrip Pengacara Majlis
  • Modul 4 : Menangani Gugup Di Hadapan Audiens
  • Modul 5 : Pengacaraan Majlis Dan Protokol Majlis
  •  Modul 6: Elemen Utama Protokol Majlis
  • Modul 7 : Elemen Utama Pengendalian Majlis
  • Modul 8 : Amali Mengacarakan Majlis
  • Modul 9 : Simulasi Mengacarakan Majlis

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification