Kursus Penampilan Imej Diri Profesional dan Etiket Sosial | Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka | 23-24 September 2014

Dengan kerjasama JRS Event dan UTEM Holdings, selama 2 hari berlangsung kursus penampilan imej diri profesional dan etiket sosial bersama pegawai-pegawai dan isteri pegawai-pegawai kanan ibu pejabat kontinjen polis Melaka.

Kandungan kursus adalah menyentuh tentang teknik penampilan dan etiket sosial dalam majlis-majlis rasmi dan di tempat kerja termasuk etiket berpenampilan mengikut acara rasmi, separuh rasmi, corporat dressing dan casual. Peserta juga mempelajari 12 etiket sosial ketika membawa diri di dalam majlis rasmi dan juga di tempat kerja serta etiket di meja makan yang dipelajari secara teori dan praktikal ketika sesi makan tengahari.

Alhamdulillah, kursus yang padat dengan pengisian teori, praktikal, role play, demonstrasi, tayangan video dan simulasi ini mendapat maklumbalas positif dan in sha Allah akan diadakan lagi untuk para kakitangan yang masih tidak berpeluang untuk hadir.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung :Kursus Penampilan Imej Diri Kursus Penampilan Imej Diri Kursus Penampilan Imej Diri Kursus Penampilan Imej Diri Kursus Penampilan Imej Diri

 

Tuesday, September 30th, 2014September 30, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *