Kursus Pemantapan Setiausaha | JAKIM | 17-20 April 2014

Dengan kerjasama Academy of Communication, Etiquette & Protocol, saya telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Setiausaha yang melibatkan Setiausaha-Setiausaha dari JAKIM seluruh Malaysia. Kursus yang menarik ini padat dengan pengisian-pengisian aktiviti indoor and outdoor, antaranya adalah aktiviti group dynamics, slot khusus tugasan dan cabaran kerjaya sebagai Setiausaha, Bengkel penjagaan kulit wajah dan mekap, bengkel penggayaan hijab dan ketrampilan diri, bengkel etiket dan komunikasi profesional, slot kerohanian, sesi senamrobik dan senamtari.

Menariknya setiap peserta dihadiahkan cenderamata indah sehelai hijab labuh tiga ton warna yang sangat cantik, untuk mereka gayakan dalam bengkel penggayaan hijab. Para peserta ditunjukkan teknik-teknik mudah menggayakan hijab, namun masih mengekalkan prinsip menutup aurat yang sopan dan anggun.

Terpancar jelas wajah puas hati dan keseronokan para peserta dan pihak penganjur walaupun keletihan dengan jadual kursus yang sungguh padat, namun berbaloi perjalanan jauh mereka untuk menuntut ilmu ke Besut, Terengganu akhirnya memberikan ilmu, kemahiran dan pengalaman manis yang pastinya akan dikenang sehingga bila-bila.

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang sangat bersemangat dan pihak penganjur yang komited! Semoga berjumpa lagi pada kursus-kursus yang akan datang.

Kursus Pemantapan SetiausahaKursus Pemantapan Setiausaha

Kursus Pemantapan Setiausaha

 

Kursus Pemantapan Setiausaha Kursus Pemantapan Setiausaha Kursus Pemantapan Setiausaha Kursus Pemantapan Setiausaha Kursus Pemantapan Setiausaha Kursus Pemantapan Setiausaha Kursus Pemantapan Setiausaha

Sunday, April 20th, 2014April 20, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *