Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat | Kementerian Kesihatan Malaysia | 4 – 6 Oktober 2019

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat Program Kesihatan Pergigian

Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput sebagai penyedia khidmat latihan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat  Program Kesihatan Pergigian pada 4 – 6 Oktober 2019, bertempat di Langkawi Seaview Hotel, Kedah. Alhamdulillah kami berpeluang berkongsi ilmu dan aktiviti-aktiviti menarik bersama 32 orang Setiausaha KKM dari seluruh Malaysia yang berkampung di sini selama 3 hari 2 malam.

Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini.

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Antara pengisian yang telah Tim Perunding Imej Malaysia  kongsikan kepada para setiausaha dalam kursus ini adalah menerokai dan mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini, cara mengenali personaliti serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha, bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat, berpengetahuan dan mahir dalam 12 etiket asas di tempat kerja, bagaimana mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran, teknik mengenalpasti potensi diri, kekuatan, kelemahan dan konsep keterbukaan minda serta kemahiran memahami profail diri dan bos serta cara mengendalikannya.

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Malam penghargaan kepada para Setiausaha yang banyak berjasa dan memberi sumbangan. Penyampaian sijil kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti dan menamatkan Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas kepercayaan yang diberikan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus yang mengujakan ini. Setinggi penghargaan kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat.

Semoga segala input yang diperolehi dalam kursus ini bermanfaat dan menjadi satu titik tolak untuk setiap peserta semakin bersemangat untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi, in sha Allah.

 

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat

 

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat ini :

  1. Penceramah yang dipilih sangat bersesuaian. Ceramah padat dan berkesan – Faizatul Addlina – Setiausaha Pejabat
  2. Menarik! Kursus ini membantu kami memperbaiki segala kelemahan semasa bekerja – Nor Afida – Setiausaha Pejabat
  3. Berpengalaman, berpengetahuan & komited – Hafizah – Setiausaha Pejabat
  4. Penyampaian yang diberi sangat berguna dan mudah difahami – Nor Harliza – Pembantu Tadbir Kanan
  5. Ceria, berpengatahuan tinggi, bersemangat dalam menyampaikan ceramah – Faizah -Setiausaha Pejabat
  6. Terbaik – Mahfizah – Setiausaha Pejabat
  7. Ilmu padat & enjoy – Siti Nur Fitrahana – Setiausaha Pejabat
  8. Best!! – Sayeeda – Setiausaha Pejabat
  9. Awesome – Norlida – Setiausaha
  10. Sangat Terbaik – Marsila – Pembantu Tadbir
  11. Sangat baik dan bagus – Mardiana – Setiausaha Pejabat
  12. Excellent – Rose Mary – Pembantu Setiausaha Pejabat
  13. Cemerlang & Awesome – Yusmilaini Mohd Yusoff – Setiausaha Pejabat
  14. Sangat memuaskan – Nurhuda Arnie – Setiausaha Pejabat
  15. Berpuas hati – Emiemasliza – Setiausaha Pejabat
  16. Cemerlang – Nor Hazwani – Pembantu Tadbir

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, October 7th, 2019October 7, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.