Kursus Ketrampilan Diri & Komunikasi Berkesan | 20 Jun 2015 | Persatuan Taska Negeri Sembilan

Kursus Ketrampilan Diri & Komunikasi Berkesan ini bertujuan meningkatkan kredibiliti dan reputasi taska melalui komunikasi dan penampilan profesional. Kursus yang berlangsung pada 20 Jun 2015 Di Lavender Business Centre, Negeri Sembilan ini dihadiri oleh para pengusaha dan pengasuh taska-taska sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur di bawah anjuran Persatuan Taska Negeri Sembilan. Kursus ini mendedahkan konsep perkhidmatan pelanggan kelas pertama abad 21 yang menekankan aspek dan nilai-nilai kebolehpercayaan, jaminan keselamatan, responsif, empati dan imej yang menarik dan profesional dalam industri pendidikan awal kanak-kanak di taska.

Alhamdulillah kursus berjalan lancar dan para peserta menunjukkan komitmen dan semangat ingin belajar yang sangat mengujakan walaupun kursus berlangsung dalam keadaan para peserta berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Semoga segala usaha para peserta dan semua pihak dalam menghadiri majlis ilmu dan menjayakan kursus ini dinilai sebagai ibadah yang cemerlang di sisi Allah swt terutama dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

11148764_815229858526715_2042575389856790008_n 11259709_815229881860046_743993289774898256_n 10689592_815229891860045_3086748568327494064_n 17321_815229868526714_3009098303691924432_n Kursus Ketrampilan Diri

Sunday, June 21st, 2015June 21, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *