Kursus Kepimpinan Wanita Dalam Kecemerlangan | Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis | 25-27 April 2014

Saya telah dijemput untuk mengendalikan Slot Imej & Ketrampilan Diri dalam Kursus Kepimpinan Wanita Dalam Kecemerlangan yang diadakan di Politeknik Syed Syed Sirajuddin Perlis pada 26-27 April yang lepas. Antara perkara yang dikongsikan adalah Hijab Style tutorial di mana setiap peserta dikehendaki mempraktikkan beberapa teknik hijab style yang telah ditunjukkan kepada mereka di dalam bengkel ini.

Pada hari kedua, para peserta diterangkan secara teori dan praktikal langkah demi langkah rutin penjagaan kulit wajah yang berkesan termasuk tips memilih produk yang bersesuaian dengan kulit wajah. Para peserta juga diberikan analisa mengenali kulit wajah. Setelah itu para peserta ditunjukkan teknik mengenakan solekan dan setiap peserta dibekalkan peralatan make-up di dalam kumpulan untuk terus mengaplikasikan cara mengenakan solekan yang betul di wajah.

Tergambar perasaan puas dan gembira para peserta yang hadir apabila melihat perubahan dan transformasi yang berlaku kepada diri mereka dan para peserta yang lain. Tahniah kepada pihak penganjur yang cekap mengendalikan program ini . Program 3 hari 2 malam ini juga diiisi dengan aktiviti dan modul lain seperti seperti kelas zumba, teambuilding dan kelas masakan.

Semoga berjumpa lagi dan semoga berjaya kepada semua peserta yang hadir, tahniah !

Kursus Kepimpinan Wanita Kursus Kepimpinan Wanita Kursus Kepimpinan Wanita Kursus Kepimpinan Wanita Kursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan WanitaKursus Kepimpinan Wanita

Monday, April 28th, 2014April 28, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *