Kursus Imej Dan Etika Kakitangan Barisan Hadapan | Utusan Melayu (Malaysia) Berhad | 28 September 2016

Penampilan adalah perkara pertama yang dilihat, dan ia juga yang pertama dinilai. Tanggapan pertama ini juga yang biasanya kekal lama. Memilih imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja.

Kita dapat mencapai imej terbaik apabila kita memahami asas bernampilan, mengenali fizikal diri kita sendiri, memahami tema majlis, acara dan waktu, dan jelas mengenai status kerjaya, organisasi dan peribadi kita.

Manfaatkan penampilan dan pakaian sebagai cara kita merangsang semangat dan membina keyakinan diri kita sendiri. Pakaian adalah alat manipulasi paling hebat yang mampu menonjolkan kewibawaan dan kredibiliti diri, bila kita ada ilmu dan kemahirannya.

Pakaian juga mampu menjatuhkan kredibiliti diri dalam masa yang singkat. Pakaian yang mahal tiada nilai bila dipakai pada waktu dan urusan yang salah. Pakaian yang biasa-biasa akan nampak si pemakainya kelihatan mahal bila dipakai pada waktu dan urusan yang tepat.

Kajian menunjukkan penampilan luaran mampu mempengaruhi keadaan mental kita dan cara kita berfikir. Dengan penampilan yang kemas dan rapi, fikiran kita juga akan turut menjadi kemas dan rapi.

Penampilan kita bukan hanya akan mempengaruhi cara kita berfikir tentang diri kita sendiri, tetapi ia juga akan mempengaruhi persepsi orang lain terhadap diri kita. Orang lain akan percaya apa yang dilihat oleh mereka. Persepsi mereka terhadap imej diri kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap diri kita seterusnya mempengaruhi tindakan mereka.

Pada 28 September yang lalu, Tim kami diberi tanggungjawab besar untuk memberikan kemahiran bagaimana untuk memantapkan imej dan penampilan kakitangan barisan hadapanUtusan Melayu (Malaysia) Berhad  dalam Kursus Imej Dan Etika Kakitangan Barisan Hadapan.

Di bawah adalah gambar-gambar semasa program berlangsung :

14446012_720858654721864_2100986436562608760_n-1 14424938_720855758055487_5744228786291048293_o 14468204_720855704722159_2078365325188389306_o 14500525_720855584722171_3466432813366185529_o 14462826_720855381388858_5703069421769950917_n 14433123_720855218055541_8011525809925483152_n 14520324_720855168055546_1760718251485066557_n 14441024_720855094722220_7525208603865467316_n 14495412_720855068055556_8693656305835983246_n 14433144_720855044722225_6482253144437631764_n 14449844_720855011388895_3694541188751015994_n 14462998_720857984721931_4695181367196966425_n 14522697_720858061388590_6002897519119528214_n

Friday, September 30th, 2016September 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *