Kursus Etiket Majlis Jamuan, Adab dan Tertib di Meja Makan l Akademi Kemahiran KEMAS l 27-28 Ogos 2019

Kursus Etiket Majlis Jamuan, Adab dan Tertib di Meja Makan

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng untuk mengendalikan Kursus Etiket Majlis Jamuan, Adab dan Tertib di Meja Makan pada 27 – 28 Ogos 2019, bertempat di Bilik Kuliah Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak.

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial dan bisnes. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.

Pada zaman kini, urusan perniagaan sering kali diadakan luar dari pejabat. Mesyuarat, temuduga dan sesi perkenalan selalunya diadakan di restoran ataupun ketika agenda makan malam rasmi. Setiap tahun, syarikat kehilangan kontrak berjuta-juta ringgit hanya kerana sekutu mereka, pekerja dan eksekutif korporat mereka tiada pengetahuan tentang adab ketika makan.

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Adab meja makan yang profesional mewujudkan imej yang berkeyakinan, membuat tetamu merasa selesa dan membantu melancarkan perjalanan perbincangan urus niaga. Kursus ini mendedahkan peserta kepada aspek pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara dan etiket makan bermajlis. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti sejajar dengan imej organisasi.

Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:

  1. Menggaris elemen protokol dalam persiapan jamuan majlis
  2. Meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa
  3. Menguasai kemahiran menggunakan utensil dan peralatan makan
  4. Memahami prinsip etika dan tertib di meja makan.

 

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kursus Etiket Majlis Jamuan

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Disini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Kursus Etiket Majlis Jamuan, Adab dan Tertib di Meja Makan ini :

  1. Sangat memuaskan hati, pengajaran dan pembelajaran yang padat dan sangat HEBAT – Nur Razua Asyrin binti MD Shamsul – Pelatih
  2. Pendapat saya, program ini sangat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri saya – Muhamad Aizad bin Zulkifli – Pelatih
  3. Penceramah sporting dan program yang tidak membosankan – Nursyasyaizzati binti Ismail – Pelatih
  4. Sangat pandai menarik perhatian di dalam memberi tunjuk ajar – Ahmad Syaffriz Razyman bin Abdullah – Pelatih
  5. Sangat baik dan menarik – Athirah binti Mesman – Pelatih
  6. Mempunyai pengetahuan ilmu yang luas. Banyak ilmu – Wan Wafiqa Tun Nisa binti Jamiludin – Pelatih
  7. Sangat menarik dan amat memuaskan hati – Astri Nur Azliyani – Pelatih
  8. Pada pendapat saya, program ini amat membantu saya dalam banyak perkara – Nur Liyana Atirah binti Khairul Azri
  9. Penceramah menyampaikan ceramah dengan jelas dan mudah difahami – Muhammad Ainur Ramzan bin Saupi – Pelatih
  10. Cara pengajaran yang sangat menarik – Syakirah binti Yusof – Pelatih
  11. Sangat menarik minat saya lebih mendalam tentang etika majlis jamuan dan adab tertib di meja makan – Nur Amira binti Mohd Fozi – Pelatih
  12. Sangat profesional – Mohamad Hasnawi bin Mohd Hassan – Pelatih
  13. Penyampaiannya bagus dan jelas – Fatin Nur Farhana binti Mohamad Ismail – Pelatih
  14. Menyampaikan ceramah dan info-info dengan baik dan boleh dengar dengan jelas – Nur Nabilah binti Zainudin – Pelatih
  15. Penceramah menerangkan semua tajuk dengan jelas dan mudah difahami – Siti Nurfatihah binti Anuar – Pelatih
  16. Pada pendapat saya, ceramah ini bagus dan memberi inspirasi untuk saya – Nur Husnadia Athirah binti Mohd Zulkifli – Pelatih
  17. Penyampaian yang jelas dan mudah difahami – Mazatul Najwa binti Mior Shaharuddin – Pelatih
  18. Bermutu dan sangat berguna – Sharifah Shafawatie Faqihah binti Syed Ahmad Shafrizal – Pelatih
  19. Pada pendapat saya, penceramah dan program ini secara keseluruhan ialah dapat belajar tentang pemakaian dan sebagainya – Nur Nabilah binti Abd Salam – Pelatih
  20. Periang dan senang difahami – Dg. Rozawanah binti Awang Razit – Pelatih
  21. Memberi banyak ilmu – Hanis Suryani binti Fazil – Pelatih
  22. Memberi banyak ilmu pengetahuan – Kusyazmira binti Kusaini – Pelatih
  23. Sangat baik – Aina Nazhirah binti Azhar – Pelatih
  24. Sangat bagus dan senang difahami – Siti Aisyah Maisarah binti Yusri – Pelatih
  25. Sangat bagus – Siti Raidah MD Roslan – Pelatih
  26. Sangat bagus dan memahami – Muhammad Zubair bin Mohd Aris – Pelatih
  27. Bagus – Syafiq Haiqal bin Sharudin – Pelatih
  28. Sangat bagus – Muhamad Aiman Hakim bin Ariff Fadilah – Pelatih

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Etiket Majlis Jamuan, Adab dan Tertib di Meja Makan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, August 29th, 2019August 29, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.