Kursus Etika Berkomunikasi | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan | 16-17 Oktober 2019

Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS: “Penceramah yang peramah & program yang berkualiti” – Hassanah – Rakan Ziarah JHEAINS.

Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS ini telah berlangsung pada 16 – 17 Oktober 2019 bertempat di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan. Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk mengendalikan Kursus Etika Berkomunikasi ini kepada hampir xx orang kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang terpilih. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej personaliti dan komunikasi diri yang hebat dengan mempelajari ilmu etika berkomunikasi ini.

Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS

Masyarakat selalu terpegun dengan apa pun contoh baru akal budi. ~ Ralph Waldo Emerson

Etika atau adab dalam berkomunikasi adalah perlakuan yang sentiasa disenangi, dihormati, diperlukan dan disukai oleh sesiapa pun daripada zaman dahulu hingga zaman sekarang, ianya adalah perlakuan yang sentiasa relevan dan tidak pernah lapuk. Malah etika berkomunikasi lebih kritikal diperlukan dalam dunia profesional dan korporat.

Semua orang cuba untuk mencapai sesuatu yang besar, tanpa menyedari bahawa hidup ini terdiri daripada perkara-perkara kecil. ~ Frank A. Clark

Berkomunikasi dengan baik dan berkesan bermaksud mengaplikasikan adab-adab berkomunikasi agar suasana sentiasa harmoni dan membuahkan perasaan atau emosi yang tenang, selamat dan gembira. Antara adab-adab dalam etika berkomunikasi yang diserapkan dalam kursus ini termasuklah adab senyum kepada orang lain, melontarkan air muka yang manis, memberi salam dan ucapan selamat, berjabat tangan dengan betul, berdiri dengan jarak yang sesuai dan peka terhadap ruang keselesaan orang lain, cara memberikan dokumen dan barang dengan hormat, menyapa dan memanggil seseorang dengan panggilan hormat yang betul, memulakan perbualan dengan tajuk yang disenangi dan mengelakkan isu yang sensitif, menutup perbualan dan urusan dengan beradab, adab menerima teguran dan kritikan dengan rendah diri dan terbuka, adab menyenangkan orang lain dengan pujian dan penghargaan yang betul, cara berdiri dan duduk ketika berurusan yang menunjukkan anda menghormati dan meraikan orang lain, cara bercakap dan melontar idea dengan beradab dan profesional, adab menolak sesuatu idea dengan cara terhormat dan terpuji, adab menyampuk perbualan dengan rendah diri dan diterima, adab melontarkan ayat saya tidak tahu, saya sibuk, ini polisi kami, ini bukan tugas saya, bukan salah saya, perkara ini tidak boleh dilakukan dengan menggantikan ayat lain yang lebih sopan dan mengharmonikan suasana berurusan.

Antara senarai perkara-perkara atau perlakuan yang nampak kecil atau remeh namun mampu memberikan impak yang besar dalam sesuatu perhubungan, malah kesemua perlakuan ini mampu menonjolkan kewibawaan seseorang dan organisasi yang diwakilinya. Mengaplikasikan adab dan etika berkomunikasi bermaksud anda sedang melangkah satu tapak dalam proses penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional.

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan adab yang baik, beretika dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Etika berkomunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan nama baik organisasinya.

Dalam dunia profesional, kemahiran dalam etika komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran etika komunikasi yang betul, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang kakitangan dan duta jabatan yang dihormati dan disegani.

Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS

Dalam Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS selama 2 hari ini, para peserta dapat menyedari kesilapan-kesilapan dalam etika berkomunikasi dan kesannya kepada reputasi dan kerjaya serta pelanggan mereka. Mereka turut dibawa untuk memahami kepentingan dan teknik dalam etika berkomunikasi dalam membina perhubungan profesional, teknik mengamalkan laras bahasa dan skrip yang beretika ketika berurusan, 12 adab dan etiket sosial ketika berkomunikasi dengan pihak atasan, ahli lembaga pengarah, rakan sejawat dan pelanggan luaran.

Para peserta juga didedahkan dengan empat gaya komunikasi dan mereka seterusnya diminta untuk menganalisa gaya komunikasi diri sendiri, rakan sekumpulan dan orang lain. Mereka juga mempelajari tips serta cara mengendalikan dan berhadapan dengan keempat-empat gaya komunikasi ini.

Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS

Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS

 

Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS

Terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan di atas jemputan untuk kami mengendalikan kursus Etika Berkomunikasi ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS ini :

  1. Penceramah yang peramah & program yang berkualiti – Hassanah – Rakan Ziarah
  2. Sangat baik, jelas dan mudah difahami – Nur Kartina – Rakan Ziarah
  3. Sangat memuaskan, saya dapat memperolehi pelbagai kaedah dan cara untuk berkomunikasi dengan lebih efektif – Nur Zakiah – Rakan Ziarah
  4. Sangat memuaskan – Nurul Aimah – Rakan Ziarah
  5. Sangat memuaskan – Muhammad Muaz – Rakan Ziarah
  6. Penyampaian lebih daripada positif – Mohd Hafiz – Rakan Ziarah Daerah
  7. Terbaik dan berkesan dalam teknik berkomunikasi – Sri Sheida – Rakan Ziarah Daerah
  8. Semuanya baik dan mudah difahami – Muhammad Isa – Rakan Ziarah
  9. Sangat baik sekali – Mohd Nur Faza – Rakan Ziarah Orang Asli
  10. Pada pendapat saya cara penyampaian penceramah sangat jelas – Nur Muhammad – Rakan Ziarah
  11. Baik penyampaian – Izza – Sukarelawan Rakan Ziarah N.S
  12. Sangat baik dan sesuai – Mohd Zhafran
  13. Penceramah amat bagus dan berkualiti, mudah faham bahasa dan percakapan – Linda
  14. Cara penyampaian yang menarik dan teratur – Nurul – Rakan Ziarah
  15. Secara keseluruhan memuaskan – Mohammad Aezril – Rakan Ziarah
  16. Baik – Iszuddin
  17. Nada suara yang sesuai – Nur Hakimah – Rakan Ziarah

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Etika Berkomunikasi JHEAINS ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Friday, October 18th, 2019October 18, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.