Seminar Komunikasi Berkesan | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | 30 Oktober 2019

Seminar Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Tim Perunding Imej Muslimah telah dijemput dan diberikan amanah untuk mengendalikan Seminar Komunikasi Berkesan pada 30 Oktober 2019, bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri, Negeri Sembilan bersama para peserta yang hadir dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dari seluruh Malaysia.

Kelancaran sesuatu urusan dan kejayaan sesebuah organisasi dalam mencapai sasaran misi dan visinya banyak bergantung kepada keberkesanan komunikasi di kalangan kakitangan dalam organisasi tersebut.

Komunikasi yang berkesan bukan sekadar mampu menyampaikan mesej yang tepat, malah lebih daripada itu, ia mampu membuatkan seseorang pekerja itu diterima, disenangi, dikagumi dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain di sekeliling seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dan reputasi organisasinya.

 

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Kenapa proses komunikasi dalam sesebuah organisasi sangat penting? Komunikasi yang berkesan dan harmoni dalam sesebuah organisasi sangat penting kerana ia mampu melancarkan proses kerja seterusnya sesuatu urusan akan menjadi efisien dan mencapai objektif organisasi. Oleh kerana kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kemampuan kakitangannya menyampaikan sesuatu mesej, maka amat perlu semua organisasi mengambil inisiatif untuk mengenal pasti dan mengusahakan jalan untuk mengatasi halangan-halangan semasa berkomunikasi.

Seseorang kakitangan yang mampu menyampaikan mesej dengan berkesan akan membolehkan pihak lain bertindak sebagaimana yang diharapkan. Namun banyak kali berlaku ketika berurusan, mesej yang disampaikan sering terdedah kepada gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya salah faham dan menimbulkan prejudis.

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Kursus ini bukan sekadar memberikan kemahiran komunikasi berkesan, lebih daripada itu dalam kursus ini ditekankan adab-adab komunikasi ketika berurusan secara profesional, terutama berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu dan rakan sekerja. Kaedah penyampaian dalam kursus ini lebih kepada aktiviti-aktiviti latihan dan ‘role play’ malalui ‘study case’ yang diberi agar para peserta lebih memahami dan dapat terus mengaplikasikan segala teknik komunikasi yang disampaikan oleh penceramah.

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Mungkin ramai yang mengambil mudah terhadap kepentingan mengaplikasi adab-adab atau etiket sosial dalam berkomunikasi. Tanpa kita sedar, adab yang diaplikasikan itulah yang menjadi faktor penting terhadap penerimaan mesej dalam proses sesebuah komunikasi, terutama komunikasi dalam urusan kerja dan urusan rasmi.

Setiap perkataan dan ayat yang dipilih dan dilontarkan, cara dan nada perkataan itu disebut serta tingkah-laku serta isyarat tubuh yang mengiringi mesej tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam proses penerimaan mesej.  Ayat yang dilafazkan bukan sekadar ayat, namun ianya menunjukkan sikap dalaman diri, penghormatan kepada orang lain, cara berfikir dan niat seseorang.

 

Lupakan apa sahaja personaliti asal diri kita. Dalam adab komunikasi dan kemahiran komunikasi berkesan, personaliti dan profesionalisme adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Apapun personaliti diri dan personaliti komunikasi kita, menjadi seorang yang beradab dan profesional dalam komunikasi adalah perkara yang sangat penting dan memberi kesan besar kepada suasana bekerja dan orang-orang di sekeliling kita. Kemahiran adab dalam komunikasi berkesan bagi seseorang pekerja pastinya akan mampu melancarkan urusan kerja, seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasi.

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia

Setinggi penghargaan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang memberi kepercayaan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Seminar Komunikasi Berkesan ini. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen anda yang hebat dan luar biasa. Kami mendoakan agar setiap peserta yang hadir mampu mengaplikasikan segala ilmu dan teknik yang dikongsikan dengan konsisten agar mampu menyumbang dan memantapkan produktiviti syarikat serta melonjakkan reputasi serta keuntungan syarikat.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Di sini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Seminar Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia ini :

  1. Terbaik, lima bintang – Mohd Zaidi – Pembantu Tadbir Daerah
  2. Sangat mesra dan memberi ilmu mengenai komunikasi yang berkesan – Rosnah – Pembantu Tadbir
  3. Bersahaja dan sangat informatif – Mohd Fadly – Pembantu Tadbir
  4. Penceramah yang mesra peserta. Huraian dan contoh yang yang jelas dan mudah faham. Terbaiklah – Muhammad Danial
  5. Penceramah sangat mesra, peramah. Penceramah menyampaikan maklumat dengan baik dan berkesan. Penceramah melibatkan peserta, mempunyai interaksi dua hala – Rozita – Pembantu Kebajikan Masyarakat
  6. Padanan contoh yang terbaik dan bagus – Sahrul Zarina – Ketua Pembantu Tadbir
  7. Terbaik dan sungguh berkesan – Zahana – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  8. Terbaik & sangat jelas penjelasan – Diana – Pembantu Kebajikan Masyarakat
  9. Terbaik -Mohd Izhar – Pembantu Pegawai Masyarakat
  10. Bagus dan boleh diteruskan – Faraliza – Pembantu Kebajikan Masyarakat
  11. Terbaik – Nor Farazila – Pembantu Pembangunan Masyarakat
  12. Program ini sangat memberi kesan positif kepada peserta kursus -Haslinda – Pembantu Tadbir
  13. Bagus – Azizah – Pembantu Kebajikan Masyarakat
  14. Sangat Bagus – Nooraffida – Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  15. Sangat bagus – Mohamad Syarifudin
  16. Terbaik, bagus dan berkesan – Yuzeros – Setiausaha Pejabat
  17. Bagus – Noriffah – Pegawai Tadbir
  18. Sangat baik – Zihamimah

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Komunikasi Berkesan Perunding Imej Malaysia ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, October 31st, 2019October 31, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.