Imej Adalah Perasaan Yang Kita Tinggalkan Dalam Hati Orang Yang Datang Berurusan Dengan Kita

Siri 1 : Apakah Itu Imej ?

Imej adalah perasaan yang kita tinggalkan dalam hati orang yang datang berurusan dengan kita.

Apakah jawapan pertama saya sekiranya orang bertanya apakah yang dimaksudkan dengan imej ?

1. Imej adalah perasaan yang kita tinggalkan dalam hati orang yang datang berurusan dengan kita.

Perasaan itu mungkin tidak dapat diungkapkan, tetapi hanya orang itu sahaja yang merasai di dalam hati dan dirinya apakah imej kita. Dan sekiranya perasaan yang sama wujud pada ramai atau majoriti orang yang berurusan dengan kita, maka itulah sebenarnya imej diri kita.

Imej Adalah Perasaan Yang Kita Tinggalkan Dalam Hati Orang

Bagaimana perasaan terhadap diri kita ini terbentuk dalam hati dan memori orang yang datang berurusan? Perasaan ini terbentuk dengan pengalaman orang lain ketika berurusan dengan kita, terutama pengalaman kali pertama bertemu kita. Perasaan ini akan dikuatkan lagi dengan pertemuan kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Perasaan ini akan kekal dalam memori orang yang bertemu kita itu dan perasaan ini akan diluahkan dan bakal menjadi buah mulut tentang diri kita.

Perasaan ini seterusnya akan mencipta reputasi diri kita. Reputasi ini sangat penting sekiranya kita adalah orang yang berkerjaya, berjawatan tinggi, atau seorang usahawan atau ahli perniagaan. Kenapa saya katakan ia penting?

Ia adalah penting kerana perasaan orang lain yang terbentuk dan kekal tentang imej kita akan turut memberi kesan kepada organisasi tempat kita bekerja, sekiranya kita bekerja. Lebih kritikal kepada usahawan atau ahli perniagaan kerana perasaan orang lain yang terbentuk dan kekal tentang imej kita akan memberi kesan besar kepada reputasi perniagaan kita dan kepada produk atau servis yang kita tawarkan.

Nantikan sambungan seterusnya ‘apakah itu imej’ dalam tulisan saya siri kedua…..

Tuesday, February 16th, 2016February 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *