Grooming The Future Leader | 16 Ogos 2014 | KPTM

Pada 16 Ogos yang lalu, saya telah dijemput untuk menjayakan kursus Grooming The Future Leader, kepada lebih kurang 40 orang peserta. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada para pensyarah dan kakitangan KPTM yang sedang mengikuti program pengajian MBA. Antara syarat dalam pengajian mereka adalah menganjurkan program yang berkaitan dengan subject ‘leadership’ dalam masa 3 hari 2 malam. Bersama-sama menjayakan program ini adalah beberapa orang konsultan dalam bidang kepimpinan, komunikasi dan teambuilding.

Program yang berlangsung di Felda Residence Trolak di Sungkai, Perak ini berjalan lancar dengan penyertaan dan kerjasama yang amat komited daripada para peserta. Alhamdulillah saya turut dibantu oleh fasilitator Puan Fara Alias dalam menjayakan program ini.

Antara perkara yang saya kongsikan adalah berkaitan dengan definisi imej dan apakah ciri-ciri imej yang tepat bagi seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti yang baik.

Imej seorang pemimpin boleh dirancang dengan mencipta persepsi yang diinginkan untuk memenangi hati masyarakat, namun persepsi yang dicipta untuk mendasari perjuangan, tindakan dan pengorbanan seseorang pemimpin mestilah dimulai dengan memiliki kekuatan ilmu dan kemahiran, disertai dengan keikhlasan hati, niat yang betul, dan reputasi serta latarbelakang yang baik dan bersih.

Faktor personaliti, karisma dan imej seorang pemimipin tidak dapat dinafikan dalam usaha memenangi dan mempengaruhi masyarakat untuk menerima idea dan wawasan yang diperjuangkan. Faktor keberkesanan sesebuah kepimpinan sudah tentu banyak dipengaruhi oleh penerimaan masyarakat terhadap personaliti dan imej seseorang pemimpin.

Antara gambar-gambar sekitar program berlangsung;

Grooming The Future Leader

Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader Grooming The Future Leader

Saturday, August 23rd, 2014August 23, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *