Grooming Talk : The Secret Of Real Elegance | Politeknik Port Dickson | 11 Mac 2020

Grooming Talk : The Secret Of Real Elegance Politeknik Port Dickson pada 11 Mac 2020 bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Politeknik Port Dickson sebagai penceramah untuk slot khas Grooming Talk: The Secret Of Real Elegance kepada para pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan bersempena Minggu Setiausaha anjuran Politeknik Port Dickson pada tarikh 11 Mac 2020 tersebut.

Grooming Talk

Grooming Talk

Grooming Talk

Grooming Talk

Kursus ini memberikan pendedahan mengenai teknik dan tatacara penampilan secara terperinci kepada pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan sebelum menceburi alam kerjaya. Para peserta diberikan contoh-contoh pakaian kerja bagi bakal graduan lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan. Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita.

Grooming Talk

Grooming Talk

Program ini dapat membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri. Seterusnya,  mendedahkan bagaimana untuk menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan. Selain daripada itu, para peserta dapat memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian.

Grooming Talk

Grooming Talk

Sekalung penghargaan kepada pihak Politeknik Port Dickson di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Program Grooming Talk: THE SECRET OF REAL ELEGANCE ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam program ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kelebihan dan potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Terima kasih juga di atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, March 12th, 2020March 12, 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.