Dare To Impress ! Grooming Embraces Personality| UITM | 23 November 2014

Grooming Embraces Personality – Dare To Impress – Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar perakaunan UiTM tentang pemantapan penampilan diri secara profesional, termasuklah sesi praktikal gaya pemakaian mengikut dress code formal, corporate dressing/business attire, semi formal/smart casual dan casual.

Para peserta juga didedahkan dengan etiket berkomunikasi dengan rakan-rakan, pensyarah, tetamu, masyarakat, media dan pihak atasan, melalui sesi praktikal. Melalui ‘study case’ tayangan video rakaman para peserta yang ditemuduga, mereka melihat kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam pertuturan di kalangan para peserta, dan mereka ditunjukkan ciri-ciri pertuturan yang profesional, matang dan mampu meningkatkan kredibiliti dan karisma diri.

Para peserta juga mempelajari tertib dan etiket di meja makan termasuklah adab ketika makan, cara menggunakan peralatan di meja makan, tatacara makan semeja bersama VIP, tatacara menghidang makanan kepada tetamu dan VIP serta etiket berkomunikasi dengan VIP di meja makan.

Pendedahan ini adalah sebagai langkah persediaan mereka menjadi seorang akauntan profesional suatu hari nanti.

10407589_10203359359410758_7956154615881867089_n

_DSC0039

_DSC0185DSC_2932 _DSC0002DSC_2907 DSC_2912

_DSC0105

_DSC0080

10628136_10203381249878006_6622934785881894069_nGrooming Embraces Personality

Tuesday, November 25th, 2014November 25, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *