Eye Contact & Cara Berdiri

55% Visual (Penampilan) Adalah Termasuk Eye Contact & Cara Berdiri Presenter yang bergaya pastilah yang berani memandang audience, dan sentiasa sedar untuk mengekalkan eyecontact dengan audience, dari mula berucap hingga habis ucapan! Menurut kajian, 55% daripada faktor audience tertarik untuk mendengar ucapan adalah Visual (Penampilan) seorang presenter. Visual adalah apa sahaja yang mereka perhatikan pada diri presenter, termasuklah pakaian (dari hujung rambut/tudung hinggalah hujung kasut) dan wajah (Centre of communication), serta body language (gerakan tubuh, cara berdiri, kedudukan tangan dan kaki) Memandangkan perkara pertama yang akan dilihat adalah wajah, pastikan anda sentiasa sedar dari mula hingga habis berucap untuk mengekalkan eye contactdengan audience. Audience yang tidak diperhatikan akan merasa tidak dipedulikan, maka mereka juga tidak akan mempedulikan dan mendengar kata-kata anda. Presenter yang tiada eye contact dengan audience akan dilihat sebagai seorang yang tidak yakin dan tidak menarik, maka apa

sahaja yang diucapkannya akan gagal meyakinkan audience. 55% daripada faktor audience tertarik kepada seorang presenter adalah termasuk cara presenter itu berdiri. Audience akan menilai seorang presenter itu tidak yakin apabila presenter itu bertutur sambil berdiri di hadapan mereka dengan salah satu daripada cara berdiri berikut :

  • Berdiri sambil membengkokkan salah satu kakinya
  • Berdiri sambil bersandar di dinding atau meja
  • Berdiri sambil memasukkan salah satu tangan atau kedua-duanya ke dalam poket seluar
  • Berdiri sambil memegang pen atau apa-apa benda selain daripada kad nota (saiz sebesar tapak tangan sahaja)
  • Berdiri sambil membetulkan baju, rambut/tudung, atau apa sahaja yang dipakainya
  • Berdiri sambil memegang mana-mana anggota di bahagian muka (hidung, mulut, mata, telinga) termasuk menggaru kepala.

Seorang yang bergaya, yakin dan menarik semasa bertutur di khalayak ramai adalah yang mampu berdiri tegap di atas kedua kakinya dengan lurus dan bertenaga, dan kedua-dua tangan diletakkan di sisi terbuka tanpa memegang apa-apa (dibenarkan memegang kertas nota yang agak keras dan saiz tidak melebihi besar tapak tangan, dan mikrofon- sebaik-baiknya wireless microfone). Imej yang dipaparkan apabila presenter berdiri begini menunjukkan dia sangat yakin dan tidak bergantung.

Tuesday, January 21st, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments