Cantik Luar Cantik Dalam

Perkara asas dalam ‘image grooming’ yang akan saya tekankan dalam sesi training atau konsultansi yang sering saya kendalikan adalah, kecantikan diri anda bermula daripada kekuatan dan kecantikan dalaman diri anda. Anda tidak mungkin dapat menemui kecantikan sebenar diri anda tanpa mencantikkan hati, fikiran dan niat anda.

Hanya apabila seorang individu itu mempunyai niat, cara berfikir dan motivasi diri yang positif, barulah ia kemudiannya terbias dalam penampilan, pertuturan, gerak laku serta perwatakan yang sopan, menyenangkan dan profesional.

Reputasi dan kredibiliti seseorang adalah daripada pancaran  kecantikan dan kekuatan dalaman dirinya, ditambah dengan kemahiran berpenampilan, beretiket dan berkomunikasi dengan profesional . Jika semua itu dimiliki barulah akan memberikan makna cantik yang sepenuhnya.

‘Image grooming’ adalah perkara yang berterusan, perlu dipelajari dan difahami. Transformasi imej tidak berlaku dalam sehari dua, tetapi ia adalah proses yang panjang dan berterusan. Malahirkan personaliti yang unggul, yang mempunyai kecantikan dalaman dan luaran bermula dengan sasaran yang jelas berkaitan apakah personaliti atau imej yang kita mahukan.

Cantik Luar Cantik Dalam

Ramai yang tidak tahu manusia dapat mengubah tingkah lakunya melalui perubahan dalam diri mereka. Perubahan dalaman ini mampu mencetus perubahan luaran. Walaupun kehebatan seseorang seringkali dinilai dari kaca mata orang yang memandang, sebenarnya apa yang dilihat adalah manifestasi daripada kekutan dan kecantikan dalaman dirinya.

 

Thursday, February 13th, 2014February 13, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *