Bengkel Wanita Idaman : Wanita Profesional | Universiti Sains Malaysia | 26 Januari 2017

Pada 26 Januari yang lalu, Tim kami telah dijemput oleh Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, berkongsi ilmu dan tips dalam Bengkel Wanita Idaman : Wanita Profesional , bersama 5 ratus orang wanita, bertempat di Dewan Budaya, USM.

Antara pengisian program ini adalah :

  1. Penampilan seorang wanita idaman dan profesional – di rumah dan ketika keluar bekerja
  2. Konsep dan teknik berpakaian  dalam acara dan tema santai, separuh rasmi, rasmi dan business attire
  3. Pemilihan warna – konsep warna dan mesej di sebalik pemilihan warna pakaian, di rumah dan di tempat kerja
  4. Koleksi pakaian wajib ada bagi wanita profesional idaman
  5. Hijab Style Tutorial

Alhamdulillah, para peserta yang hadir memberikan maklumbalas yang positif dan memberansangkan. Kami kongsikan di sini antara maklumbalas yang diberikan :

1.”Assalamualaikum & salam ukhwah untuk wanita-wanita hebat di luar sana. Adakah anda hebat @ surihatimarvellous & wanita idaman si Pujangga?..Jika anda ragu2, berdirilah di hadapan cermin dan tanyakan kepada diri anda;,
‘Adakah aku “surihatimarvellous”..
Alhamdulillah, berbekalkan ilmu yang diceduk selama sehari, saya dan wanita-wanita terpilih telah mendapat pencerahan untuk “Mengenal Diri”…Terima kasih pihak penganjur PTI & USM serta kerjasama dari pemudah cara jemputan ..
like #puanraihan uolllsssss….” ~ ‎Puan Shahdatul Akma

2. ” Puan Raihan you are the BOMB! Insyaallah dgn ilmu ini mudah-mudahan dapat “transform” diri saya menjadi lebih profesional dalam kerjaya dan menjadi SURIHATI MARVELOUS!” ~ Puan ‎Rafidah El Zahr

3. “Sangat membantu dan memberi pengetahuan yg selama ini saya x tahu…gembira sangat…” ~ ‎Puan Raleena Abdul Jabar

4. “Bengkel yang sangat awesome! I learned a lot. Two thumbs up!” ~ ‎Puan Azuran Marican

5. “Assalamualaikum puan… Tq sgt2 puan raihan … 1 hari yang sangat2 bermakna… banyak ilmu2 yang saya perolehi dan boleh digunakan diluar.. sangat friendly dan sangat mudah untuk difahami… like like like… smoga ilmu yang puan beri pada hari ni dapat keberkatan Illahi dan dipermudahkan untuk puan berjaya lagi di dalam karier puan pada masa yg akan dtg.. semoga dapat berjumpa lagi dengan prkongsian ilmu yang baru… jika ada lagi pasti saya akan pergi menuntut ilmu dengan puan..” ~ Syazana Shaharom

6. “Bengkel wanita idaman sangat menarik dan memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang warna warna yg sesuai dipakai untuk menaikkan aura positif dalam diri bak kata penceramah…menyerlahkan mutiara yang tersembunyi..” ~ Puan Mahani Baharum

7. “Alhamdulillah banyak info yg baik tentang penampilan sebagai muslimah.. Bengkel Wanita Idaman.. Best !” ~ Puan Juliana Jaafar

8. “Pengisian yang sangat menarik dan ilmu yg sangat berguna..” ~ Puan Noramalina Mohamad Fauzi

 

Kami kongsikan juga di sini gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung :

 

Tuesday, January 31st, 2017January 31, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *