Walking Tall Workshop | Universiti Malaya | 12- 13 November 2016

Bengkel ini mendedahkan bakal graduan kepada persediaan diri untuk melangkah ke alam kerjaya, merangkumi persediaan ilmu dan kemahiran dalam aspek penampilan diri, etiket sosial & bisnes, komunikasi interpersonal dan pengucapan awam.

Tamatnya pengajian bukan bererti berakhirnya cabaran namun kini graduan akan berhadapan dengan realiti kehidupan sebenar. Segulung ijazah walaupun dengan keputusan yang cemerlang bukanlah jaminan untuk sebuah pekerjaan.

Perkara yang paling penting untuk membuka ruang seorang graduan akan terpilih untuk ditawarkan pekerjaan adalah pakej diri yang hebat, iaitu ketrampilan diri, kemahiran komunikasi, kualiti yang ada pada diri dan sikap yang cemerlang.

Kami mendoakan setiap peserta yang hadir akan mampu memasarkan diri mereka dengan baik seterusnya berjaya mencapai pekerjaan yang diidamkan, dengan mengaplikasikan kesemua ilmu dan kemahiran yang telah kami kongsikan dalam bengkel ini, in sha Allah.

Kami kongsikan di sini sebahagian daripada gambar-gambar semasa bengkel berlangsung :

Monday, November 14th, 2016November 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *