Bengkel Pemantapan Imej & Etiket Sosial | Felcra Agro Industry | 5-6 November 2016

Pada 5 – 6 November baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Pemantapan Imej & Etiket Sosial bersama warga kerja Felcra Agro Industry dari seluruh Malaysia di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.

Bengkel selama dua hari ini memberikan panduan dalam mengatur langkah membina reputasi dan kredibiliti diri bagi individu dan organisasi yang ingin memantapkan penampilan dan imej profesional diri dan organisasi.

Pengisian yang dikongsikan bukan sahaja bertujuan untuk membuatkan para peserta yang hadir lebih bijak bergaya dan berketrampilan, tetapi juga membantu para peserta meningkatkan tahap keyakinan diri dalam berurusan dengan pelanggan serta menyerlah karakter serta personaliti diri seterusnya melonjakkan imej profesional organisasi.

Keseluruhan ilmu dan tip yang telah dicurahkan kepada semua peserta yang hadir selama dua hari bengkel ini adalah berdasarkan ilmu dan maklumat terkini dan juga pengalaman penceramah yang luas selama berkecimpung dalam dunia imej dan penampilan diri dan organisasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput Tim kami dan kepercayaan yang diberikan untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dari seluruh Malaysia, atas komitmen yang luar biasa sepanjang kursus ini. Kami mendoakan setiap peserta yang hadir agar mampu memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan, dan sentiasa berjaya dan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan bengkel Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial yang berlangsung pada 5-6 November ini :

  1. “Amat berpuas hati”. – Mohd Eswandi Bin Mohd Salleh
  2. “Ianya sangat baik dan berguna untuk kehidupan seharian”. – Khairul Naim Bin Razi.
  3. “Sangat baik”. – Muhamad Firdauz B. Muhamad Nor
  4. “Penceramah sangat berkeyakinan, mengkagumkan, berketerampilan, lucu, suara yang cukup jelas dan penerangan tentang topik sangat padat”. – Norsuryati Binti Dolbah
  5. “Penceramah sopan, lawak dan terbaik.” – Jeffery Bin Mahsen
  6. “Terbaik”. – Mohamad Helmi Bin Zainal
  7. “Sangat jelas dan dapat memberi kesedaran kepada saya bagaimana cara penampilan dan cara komunikasi yang betul”. – Intan Suhada Binti Bujang
  8. “Sangat memuaskan”. – Mohd Hafizan Bin Idris
  9. “Penceramah menerangkan dan memberi contoh yang menarik serta senang difahami”. – Nur Amiraa Binti Azis
  10. “Terbaik”. – Muhammad Haziq Bin Mohd Esrakh
  11. “Penceramah yang bijak menarik minat peserta dan sangat peramah. Puas hati”. – Nuranirah Binti Mohd Amin
  12. “Sangat berkesan”. – Hairi Bin Suradi
  13. “Penyampaian yang berkesan dan bagus”. – Roslinda Binti Kamaruzaman
  14. “Sangat bagus”. – Normey Binti Muda
  15. “Mudah difahami”. – Muhammad Hamizan Binti Rosli
  16. “Sangat peramah. Pembentangan senang difahami”. – Muhammad Aizat Bin Zainal
  17. “Penceramah sangat ramah”. – Sarina Binti Sulaiman
  18. “Bagus dan berkesan”. – Nur Jannah Binti Mohd Radzi
  19. “Amat memuaskan dan berpuas hati”. – Fairolaizmi Bin Husin
  20. “Terbaik untuk saya praktikkan dalam urusan bisnes dan sosial”. – Mohd Hafizull Bin Abdul Rasid.
  21. “Mudah difahami dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokan”. – Rohani Binti Mohd Shopi
  22. “Penceramah sangat baik dan mesra”. – Bohari Bin Amat

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa bengkel ini berlangsung :

Tuesday, November 8th, 2016November 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *