Bengkel Kerjaya : Finishing School Programme | ASWARA | 5 Mac 2016

Pada 5 Mac yang lalu, Tim kami dijemput oleh ASWARA untuk mengendalikan slot ‘grooming & communication’ bersempena Finishing School Programme yang dihadiri oleh hampir seratus orang pelajar Diploma dalam pelbagai bidang seni yang akan menamatkan pengajian diploma mereka.

Membina kerjaya dalam bidang seni dan kreatif bukanlah tiket untuk boleh mengenakan apa sahaja pakaian yang anda suka. Apa sahaja bidang kerjaya tetap memerlukan komitmen yang tinggi dari cara berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi. Orang yang hebat tetap bermula dengan insan biasa yang bermula dari bawah. Bagaimana hebat pun bakat dan ilmu yang ada tidak akan dapat membantu kepada kejayaan apabila tidak pandai membawa diri dan menghormati majlis dan suasana, peraturan dan orang yang ingin berurusan.

Tiada siapa yang boleh merampas bakat dan kebolehan yang ada dalam diri anda. Namun orang berbakat yang boleh menempa nama dalam industri adalah orang yang bukan sekadar bersandar pada bakat semata-mata, namun disiplin yang tinggi dalam mencipta imej profesional sebagai anak seni yang menjadikan diri anda unik dan berbeza serta maju ke hadapan lebih dari orang lain yang hanya berbangga dengan bakat sahaja namun tidak profesional dalam mencipta pakej atau jenama diri.

Kursus ini memberikan pendedahan mencipta imej yang betul dalam menetapkan hala tuju memulakan kerjaya dalam industri seni dan kreatif. Antara penekanan yang diberikan adalah teknik berpenampilan dalam imej profesional yang merangkumi cara berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi yang tepat mengikut kesesuaian masa, acara dan suasana dan dalam masa yang sama kekal menonjolkan elemen kreatif dan seni dalam kerjaya. Kursus ini turut mendedahkan para pelajar kepada asas ilmu branding dalam membina jenama diri yang kukuh dan kekal relevan dalam arus perkembangan industri.

Kami kongsikan antara gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung :

12670918_10207523568840797_5757160428474233290_n 12801658_10207523569040802_5310762277899420661_n 12809515_10207523569480813_6899042885332471767_n 12795428_10207523569840822_3334334007363347723_n 10644991_10207523570040827_7333915946596359735_n 12795361_10207523570440837_1788231802482371402_n 12794803_10206250776854387_6863871632692081393_o 1933337_10206250785174595_3811663563606090450_o 12772005_10206250788654682_5223871810871463055_o 12823480_10206250782094518_6805313209468773519_o 887220_10206250783214546_9129882351286584293_o 12841319_10206250783814561_4896647033039288433_o 10604046_10206250782494528_8513137434899168458_o 736845_10206250790974740_8198089367723211838_o 883931_10206250793774810_1368351961839108820_o 12828484_10206250792414776_7574097400986405320_o 12794714_10206250791774760_980556001089302104_o 12841319_10206250797014891_3240952518122605410_o Bengkel Kerjaya

 

Tuesday, March 8th, 2016March 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *