Bengkel ‘Highlight Your Appearance’ | Universiti Sains Islam Malaysia | 16 Mac 2019

Bengkel Highlight Your Appearance anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah, Universiti Sains Islam Malaysia pada 16 Mac 2019.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengendalikan Bengkel Highlight Your Appearance pada 16 Mac 2019 yang lalu, bertempat di Main Theatre Library, Universiti Sains Islam Malaysia Nilai. Jutaan penghargaan kepada Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Sains Islam Malaysia atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Bengkel Highlight Your Appearance  kepada para pelajar terutamanya pelajar asnaf daripada Negeri Selangor.

Bengkel Highlight Your Appearance

Bengkel Highlight Your Appearance

Bengkel Highlight Your Appearance

Bengkel Highlight Your Appearance ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu mengenai tatacara penampilan diri, komunikasi dan adab serta tingkah-laku profesional sebagai persediaan para pelajar untuk membentuk personaliti yang profesional yang diperlukan untuk memasarkan diri dalam alam pekerjaan dan perniagaan kelak. Bengkel ini memberikan pendedahan tentang dunia realiti pekerjaan di mana ketrampilan personaliti, komunikasi dan adab adalah perkara yang kritikal untuk dibangunkan dalam diri seseorang untuk membina masa hadapan kerjaya yang gemilang.

Bengkel Highlight Your Appearance

Walaupun ramai yang percaya kepada pepatah ‘don’t judge a book by it’s cover’ atau ‘people should not judge us by our outer appearance’, namun realitinya dan hakikatnya, dalam sedar ataupun, kajian menunjukkan luaran imej diri kita tetap dinilai dalam masa 7 saat pertama sesuatu pertemuan. 7 saat pertama adalah saat-saat penting dan kritikal dalam sesuatu pertemuan. Dalam masa 7 saat pertama pertemuan inilah, pandangan atau pendapat seseorang pada diri kita boleh dinilai dengan hanya melihat cara kita berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi kerana ia mampu menonjolkan tahap keyakinan, komitmen, kepercayaan, tahap kejayaan dan keupayaan kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan sebagainya.

Bengkel Highlight Your Appearance

Sayangnya, ada ramai graduan di luar sana yang kurang memikirkan tentang penampilan dan imej diri sendiri terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah mencari pekerjaan. Malah ada juga yang tidak langsung mengambil berat tentang bagaimana pendapat majikan dan orang lain tentang diri mereka.

Bengkel Highlight Your Appearance

Bengkel Highlight Your Appearance ini turut menekankan mengenai persediaan membentuk jenama diri yang mantap dalam rangka membina kerjaya atau perniagaan. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan orang lain dan masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.

Bengkel Highlight Your Appearance

Bagi graduan yang sedang mencari kerja atau membina kerjaya, amat penting mereka merancang dan membangunkan jenama diri dengan personaliti yang positif dan profesional.

Bengkel Highlight Your Appearance

Bengkel Highlight Your Appearance
Bagi graduan yang sedang mencari kerja atau membina kerjaya, amat penting mereka merancang dan membangunkan jenama diri dengan personaliti yang positif dan profesional.

 

Setiap syarikat yang berpotensi menjadi majikan anda di luar sana patut tahu apa kelebihan anda dan bagaimana anda berbeza daripada orang lain.

Kita tidak perlu menjadi semuanya kepada semua orang. Tetapi kita perlu menjadi berbeza, diingati, dan cemerlang sekurang-kurangnya di dalam satu bidang yang kita ceburi.

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kelebihan dan kepakaran yang cemerlang dan melebihi calon lain, sesuatu yang akan membuat anda menonjol daripada orang yang lain. berusahalah untuk memiliki kualiti diri dan jadilah berbeza !

Bengkel Highlight Your Appearance

Bengkel Highlight Your Appearance

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir Bengkel Highlight Your Appearance Universiti Sains Islam Malaysia ini.

Bengkel Highlight Your Appearance

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Highlight Your Appearance Universiti Sains Islam Malaysia ini :

  1. Penceramah yang santai, sofistikated dan profesional. Program yang sangat efektif dalam etika profesionalisme, menarik ! – Marini Syafiqah Bt A. Rahim – Pelajar
  2. Penceramah sangat berkredibiliti dan berpengalaman! – Amirah Syazana Binti Leman – Pelajar
  3. Menyampaikan kandungan program dengan jelas, efektif & menarik – Hatimah Binti Seh – Pelajar
  4. Penceramah sangat bertenaga dan bijaksana – Siti Nazifah Binti Zani – Pelajar
  5. Sangat bagus – Nuranisa Binti Basri – Pelajar
  6. Kursus yang menarik dan banyak input serta tips berguna untuk bekerja – Halawati Izzati Wahtu Tahir – Pelajar
  7. Bersemangat dan bergaya – Nik Nur Sahira Bt Nik Ahmad Noordin – Pelajar
  8. Penceramah amat sporting – Wan Nazirah Wan Mustapha – Pelajar
  9. Penyampaian yang sangat Efektif – Nurul Nabihah – Pelajar
  10. Sangat berpengalaman – Elina Shahirah Bt Mohd Fadzil – Pelajar

 

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Highlight Your Appearance ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, March 17th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments