Beg Kulit Cipta Imej Profesional Dan Bergaya Buat Lelaki Bekerjaya

Beg Kulit Cipta Imej Profesional Dan Bergaya Buat Lelaki Bekerjaya – Perunding Imej Malaysia telah dijemput berkongsi di Ruangan Fesyen, Gaya & Kecantikan dalam Akhbar Kosmo pada 20 Februari 2018 untuk menerangkan bagaimana pemilihan beg kulit sebagai aksesori mampu melonjakkan imej profesional dan memberi gaya yang hebat buat lelaki bekerjaya.

Kulit adalah salah satu penemuan yang terawal dan berguna untuk pakaian manusia. Sejak dari zaman dahulu manusia menggunakan dan memanfaatkan kulit haiwan untuk melindungi diri mereka daripada pelbagai unsur. Dalam sejarah yang direkodkan, kepingan kulit bertarikh 1300 B.C. telah ditemui di Mesir. Masyarakat primitif di Eropah, Asia dan Amerika Utara semuanya mengembangkan teknik menjadikan kulit sebagai barang kulit secara bebas dari satu sama lain. Orang Yunani menggunakan pakaian kulit pada zaman wira Homeric (sekitar 1200 SM), dan penggunaan kulit kemudian tersebar di seluruh Empayar Rom dan negara seperti China dan India.

Lelaki telah menggunakan dan mempunyai beg selama berabad-abad, tetapi kali pertama kita diperkenalkan dengan gagasan ‘beg lelaki’ pada tahun 1999. Beg kantung ikat yang digantung pada pinggang merupakan beg yang digunakan oleh kaum lelaki Renaisans sebagai tempat menyimpanan wang. Masa Renaissance juga menyaksikan pengenalan beg kecil yang digunakan terutamanya oleh kanak-kanak sekolah. Sehinggalah menjelang awal tahun 80an pengayaan beg lelaki telah dipelbagaikan potongan dan fungsinya menggunakan sumber dari  kulit yang berkualiti tinggi.

Dengan peralihan zaman fesyen, beg kulit turut diminati oleh kaum lelaki masa kini. Potongan dan jenis material beg kulit juga dititikberatkan oleh mereka kerana ingin menyesuaikan mengikut majlis dan acara. Dengan kelebihan yang terdapat pada beg kulit maka pada masa ini kita dapat lihat ianya mendapat permintaan yang tinggi di kalangan lelaki bekerjaya.

Beg Kulit Cipta Imej Profesional Dan Bergaya Buat Lelaki Bekerjaya

Ketahanan

Kulit adalah bahan yang sangat tahan lama, terutamanya jika ia berkualiti tinggi dan dijaga dengan rapi oleh pemiliknya. Umumnya, pengeluar kulit cuba untuk membuat yang terbaik dari kulit keluaran produk syarikat mereka dengan melakukan cara yang akan menjadikan beg lebih tahan lama walaupun digunakan secara lasak. Walaupun barang kulit yang berkualiti tinggi mungkin lebih mahal, tetapi anda tidak perlu risau dengan pelaburan yang dilakukan kerana ia pasti bertahan bertahun-tahun lamanya dan kelihatan seperti baru dan baik.

Bergaya

Kulit adalah bahan yang sangat elegan. Dalam warna semulajadi atau telah dicampur dengan bahan yang lain, kulit mampu menambah mutu tertentu kepada sebarang reka bentuk. Kulit juga secara visual mampu menonjolkan ciri dan imej lebih berkuasa pada penampilan anda. Selain daripada kelihatan baik ia juga dijadikan sebagai penunjuk kualiti, penghargaan, keanggunan, kekuatan dan keaslian. Ia sungguh mengkagumkan kerana pemilihan beg kulit yang berkualiti tinggi mampu mendedahkan personaliti anda yang mengutamakan mutu dan keaslian.

Apabila anda memilih beg kulit sebagai aksesori, anda tidak perlu bimbang untuk digayakan ke mana sahaja kerana ianya sesuai dalam banyak acara dan suasana, namun pemilihan bentuk, desain dan kombinasi warna beg juga memainkan peranan yang penting untuk menyesuaikan penampilan anda mengikut acara dan urusan tertentu. Pilihlah beg dengan rekabentuk yang bersegi dan berstruktur. Untuk tujuan bisnes atau formal, elakkan memilih beg kulit dengan rekabentuk corak dan warna yang terlalu meriah, contohnya desain yang melebihi tiga warna. Sebaiknya pilihlah beg yang hanya mengandungi dua warna, iaitu satu warna kulit dan satu lagi warna aksesori pada beg seperti zip atau butang.

Beg Kulit Cipta Imej Profesional Dan Bergaya Buat Lelaki Bekerjaya
Untuk tujuan bisnes atau formal, elakkan memilih beg kulit dengan rekabentuk corak dan warna yang terlalu meriah, contohnya desain yang melebihi tiga warna. Sebaiknya pilihlah beg yang hanya mengandungi dua warna, iaitu satu warna kulit dan satu lagi warna aksesori pada beg seperti zip atau butang

Natural

Kulit adalah bahan alam semula jadi yang terdapat di muka bumi ini. Ini adalah penting dan satu kelebihan kerana memiliki barang atau aksesori dari bahan semula jadi mampu mendatangkan kebaikan kepada kesihatan diri sendiri. Jika anda mengambil sikap sambil lewa tentang bahan-bahan dalam pembuatan aksesori ianya boleh mendatangkan bahaya kepada sesetengah orang. Sebagai contoh serat sintetik yang terdapat dalam beg atau apa jua jenis aksesori yang anda gunakan boleh meyebabkan ruam atau kesan alergi pada kulit, menjadikan kulit gatal. Walaupun ia hanya sekadar beg namun beg yang dipakai kerap bersentuhan dengan kulit dan ianya mampu mendatangkan bahaya.

Fleksibel

Apabila membicarakan tentang ciri-ciri kulit yang tidak mudah rosak dan merekah, pasti terdapat segelintir yang memikirkan bahawa fabrik kulit seperti sama dengan kayu. Tetapi itu jelas tidak berlaku. Pada masa yang sama, kulit menjadi lebih fleksibel kerana mengekalkan bentuk dan kekuatannya. Inilah sebabnya mengapa anda tidak perlu risau jika item kulit yang anda beli kelihatan sedikit berkayu kerana keras terbentuk tetapi lama-kelamaan ia akan semakin lembut dan fleksibel. Menjadi fleksibel akan membuatkan beg kulit bertambah kuat dan tahan lasak, kerana ia akan serasi dan menyesuaikan bentuknya  dengan gaya dan cara penggunaan pemiliknya.

Beg Kulit Cipta Imej Profesional Dan Bergaya Buat Lelaki Bekerjaya

Menjimatkan kos 

Apabila kita memberitahu orang bahawa barangan kulit itu murah dan menjimetkan, mereka memandang sinis dengan nada ironis dalam suara mereka. Tetapi beg kulit sebenarnya mampu memberi penjimatan yang berganda. Memang benar bahawa produk kulit lebih mahal daripada produk yang dibuat dari kulit sintetik atau kain lain, tetapi ia mampu bertahan lebih lama sehingga nisbah kos yang rendah. Sebagai contoh, jika anda membeli beg Duffle kulit dengan harga RM3,000, anda BOLEH menggunakannya untuk 10 tahun akan datang. Ini bermakna anda hanya berbelanja dengan kos RM250 setahun untuk beg yang hebat dan berkualiti. Beg kulit boleh dipakai lebih dari 10 tahun sekiranya anda pandai menggunakannya.

Kesimpulannya, kita boleh bersetuju bahawa memiliki beg kulit adalah satu kelebihan dalam penampilan diri. Walaupun untuk memilikinya memerlukan pelaburan yang tinggi, namun ia merupakan pelaburan yang berbaloi kerana kualiti dan mutunya yang tinggi serta mampu melonjakkan imej dan pakej penampilan profesional seorang lelaki yang berjaya.

Beg Kulit Cipta Imej Profesional Dan Bergaya Buat Lelaki Bekerjaya
Beg Kulit Cipta Imej Profesional Dan Bergaya Buat Lelaki Bekerjaya

Selain daripada beg kulit, pemilihan pakaian dan kasut yang tepat juga mampu menaikkan imej dan kredibiliti lelaki bekerjaya. Dalam dunia profesional, lelaki harus bijak memilih pakaian dan aksesori sebagai pelaburan yang pastinya akan menaikkan jenama dirinya dalam industri. Perlu diingat, pakaian dan aksesori termasuklah beg dan kasut hanyalah alat kerja, kita perlu bijak menggunakannya sebagai alat manipulasi untuk melonjakkan kredibiliti dan karisma diri serta profesion kita, bukan menjatuhkan!

Anda mahu lebih tips dalam penampilan, klik di sini !

Tuesday, April 3rd, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments