Beauty In Me | Sambutan Hari Beliawanis | 16 November 2014

Pada 16 November yang lepas saya telah dijemput menyampaikan pengisian bertajuk ‘Beauty In Me’ semasa Sambutan Hari Beliawanis yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Antara perkara yang dikongsikan adalah pengertian ‘beauty’ pada diri seorang wanita, merangkumi tentang kesedaran bagaimana seorang muslimah sepatutnya dilihat, cara membawa diri, maksud kematangan dan kepentingannya dalam memberi nilai kepada diri mereka,  serta pengisian berkaitan penampilan yang anggun dan profesional.

Lambakan keindahan fesyen yang tidak patuh syariah sedikit demi sedikit mampu menghakis nilai imej muslimah yang sepatutnya melambangkan peradaban wanita Islam yang tinggi dan bernilai.

Reputasi dan kredibiliti seorang muslimah adalah daripada kemahiran berpakaian dan berpenampilan yang mematuhi konsep yang tepat dalam mematuhi syariah. Penampilan yang diperlihatkan oleh seseorang wanita Islam akan mengangkat martabat wanita Islam dan membezakan mereka daripada wanita lain.

Program sambutan Hari Beliawanis ini turut diserikan dengan penampilan artis Farah Ashikin dan Salima Habibi yang menjadi panel dalam slot forum inspirasi : Aku Perempuan Merdeka.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa program berlangsung ;

10620281_924593790902126_6189962746282250567_o 14007_10203334031657580_879703553967660760_n 10383636_10203334035017664_448575220177508139_n 10734016_10203334036697706_6157422262882777094_n 10151933_10203334038377748_437581297049945378_n 1497941_10203334042377848_6397173060751185752_o 1796767_924710374223801_8092971933747117002_o 10633667_924699417558230_4273021071264101198_o 1782326_924694480892057_8600123467847334821_o 10468135_924688734225965_657053196904953759_o Sambutan Hari Beliawanis

Monday, November 17th, 2014November 17, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *