8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Untuk menjadi seorang pekerja yang disenangi oleh rakan-rakan sekerja, kita perlulah sentiasa berhati-hati di dalam setiap tingkah laku dan komunikasi dalam pergaulan di pejabat.

Pada artikel kali ini, Perunding Imej Malaysia ingin kongsikan 8 Perkara yang akan membuatkan kita disenangi di pejabat:

 

1. Berhati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut 

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Perlu sentiasa ingat bahawa apabila berada di tempat kerja, Kita dikelilingi oleh orang-orang dari pelbagai latar belakang keluarga, budaya, adat resam dan agama. Adalah amat penting untuk sentiasa menjaga setiap perkataan yang ingin diucapkan. Elakkan menggunakan bahasa yang kesat, kasar, dan sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang di sekeliling.

 

2. Tanya rakan anda jika anda ingin meminjam sesuatu

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Ada daripada kita yang sering meminjam atau menggunakan pen rakan sekerja tanpa memulangkannya kembali. Walaupun ia kelihatan kecil, tetapi ingatlah bahawa sesiapa sahaja akan marah sekiranya ada yang meminjam atau mengambil barang mereka tanpa kebenaran, kemudian tidak mengembalikan ke tempat asal atau menghilangkan barang mereka tersebut. Jadi ingatlah, jangan sekali-kali meminjam sesuatu tanpa bertanya, dan pastikan kita mengembalikannya secepat mungkin.

 

3. Berdiri sebagai tanda penghormatan

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Hal ini amat penting ketika mesyuarat. Apabila bos anda memasuki bilik mesyuarat, jangan sesekali membiarkan tumpuan anda berada pada telefon anda. Anda seharusnya menunjukkan budi bahasa yang tinggi dan tanda hormat kepadanya dengan berdiri untuk menyambutnya.

 

4. Hormati privasi rakan sekerja anda

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Mengintip rakan sekerja adalah perbuatan yang tidak beretika. Perlu sentiasa meminta izin daripada rakan sekerja sebelum menghampiri kawasan mejanya. Yang paling penting ialah, elakkan sesekali menyentuh harta atau barang peribadi mereka, sama ada surat, e-mel, atau apa-apa dokumen dan kertas di atas meja. Jika dokumen yang ada di pejabat tidak diserahkan kepada kita dan tidak mempunyai nama kita, jangan sesekali membaca, menyentuh, atau memberikannya kepada orang lain.

 

5. Menjaga nada suara

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Dalam menjalankan tugas dan amanah di tempat kerja, sememangnya perlu kita membincangkan sesuatu perkara yang berkaitan kerja dengan komited dan penuh semangat. Tetapi jika kita menaikkan suara semasa bercakap atau menggunakan ‘loud speaker’ ketika menjawab panggilan telefon, ia akan menjadi gangguan terhadap orang disekeliling anda. Oleh itu, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan gunalah nada suara yang sesuai apabila berkomunikasi di tempat kerja.

 

6. Jangan gunakan email dengan tujuan yang salah

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Sekiranya anda memerlukan rakan sekerja anda untuk menghantar salinan laporan kepada anda, adalah sebaik-baiknya jika anda terus pergi ke tempat mereka dan nyatakan hasrat anda itu. Jangan sesekali cuba untuk mengelakkan diri anda untuk bertentang muka dengan rakan sekerja. Mungkin ia kelihatan lebih praktikal untuk menghantar email, tetapi anda perlu menghadapi risiko untuk dilihat sebagai seorang yang sukar bergaul dengan orang lain, pemalas dan kurang kemahiran sosial atau komunikasi.

 

7. Pastikan kawasan kerja sentiasa bersih

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Pastikan kita sentiasa menjaga kebersihan di tempat kerja, terutamanya di bilik atau meja kerja kita. Elakkan meja kita bersepah setiap waktu terutama ketika kita tiada di tempat duduk. Elakkan juga daripada membawa makanan yang berbau. Jika kawasan kerja anda bersih, ia akan memberikan keselesaan dan kepada semua pihak dan menghasilkan satu pemandangan yang kemas di pejabat.

 

8. Mengucapkan terima kasih

8 Perkara Yang Akan Membuatkan Anda Disenangi Di Pejabat

Hantarlah sekeping kertas yang tertulis ‘terima kasih’ sebagai tanda kita menghargai srakan sekerja yang telah membantu kita, atau sekurang-kurangnya hantarkan mesej terima kasih melalui telefon dan emel. Cara ini merupakan salah satu cara berkos rendah yang boleh menunjukkan tahap profesionalisme dan budi bahasa kita.

Anda masih mahukan tips bagaimana meningkatkan imej profesional di pejabat dan dalam kerjaya anda? Klik di sini untuk lebih lagi !

Thursday, September 7th, 2017September 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *