24 Jenis Blazer Wanita

Pada artikel kali ini Perunding Imej Muslimah akan membantu anda mengenalpasti 24 jenis blazer wanita yang ada di pasaran.

Melihat penampilan seorang wanita dengan blazer sudah cukup membuatkan pandangan kita terpesona dengan karisma dan kredibiliti dirinya. Apabila memasuki dunia pekerjaan atau sedang mendaki tangga korporat, sudah tiba masanya untuk seorang wanita bersedia untuk memiliki beberapa jenis blazer. Blazer sememangnya mampu membuatkan anda kelihatan berkarisma dan dapat mengubah penampilan anda.

Pada masa ini terdapat pelbagai jenis blazer wanita di pasaran. Maka sangat penting sebelum membuat pelaburan membeli blazer (kebiasaannya agak mahal), seorang wanita perlulah mengetahui kesesuaian jenis dan fungsi setiap jenis blazer melalui perbezaan design, fabrik dan struktur sesebuah blazer. Pemilihan sesebuah blazer mestilah bergantung kepada formaliti sesuatu urusan, acara dan tempat yang perlu dihadiri.

.

1. Fitted Blazerblazer wanita di pasaran

Fitted blazer biasanya dihasilkan dengan jahitan yang disesuaikan mengikut bentuk tubuh wanita. Gaya blazer ini kelihatan berstruktur dan kemas. Ia merupakan salah satu blazer yang anda perlu pilih untuk kelihatan formal.

Blazer jenis ini membuatkan penampilan anda kelihatan lebih tegap, tegas, matang dan profesional.

.

.

.

.

.

.

2. Boyfriend Blazer

Blazer jenis ini agak longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh wanita. Blazer jenis ini amat sesuai untuk kelihatan lebih releks dan santai. Walaubagaimanapun gaya ini mampu menambah sentuhan yang agak hebat.

Selain itu, dengan warna dan teknik ‘segmentation’ yang tepat, blazer ini dapat membantu pemakainya kelihatan lebih ramping dan tinggi.

Blazer ini lebih sesuai dipakai untuk acara semi-formal atau bussiness-casual.

.

.

 

.

blazer wanita di pasaran3. Draped Blazer

Blazer jenis ini diperbuat daripada kain yang jatuh beralun yang membuatkan ia kelihatan cantik. Setiap inci daripada blazer ini membuatkan penampilan pemakainya kelihatan anggun dan feminin.

Blazer jenis ini semestinya menjadi kegilaan wanita yang mempunyai personaliti romantic. Sudah tentu draped blazer ini boleh menjadi tambahan yang baik pada koleksi blazer dalam almari pakaian anda.

Anda boleh memakainya untuk acara semi formal business networking yang agak exclusive dan grand. 

.

 

 

 

blazer wanita di pasaran

4. Front Open Blazer

Blazer jenis ini memang direka tanpa butang untuk ditutup.  Ianya dibiarkan terbuka untuk menampakkan blouse dan kemeja yang dipakai di dalamnya.

Sesetengah Front Open Blazer mempunyai desain dengan gayanya yang unik membuatkan pemakainya kelihatan glamour.

Blazer ini adalah pilihan yang baik untuk digayakan ketika tema business casual untuk acara makan tengah hari atau pada waktu petang.

.

.

.

.

5. Single Breasted Blazer

Kebanyakan blazer yang ada di pasaran dan dibeli oleh ramai wanita adalah blazer daripada jenis ini. Blazer ini dengan koleksi warna korporat adalah sangat tepat untuk dibawa ke acara formal atau business-formal.

Kebiasaannya blazer jenis ini diperbuat dengan craftmanship yang sangat teliti dan terperinci. Ia hanya mempunyai satu baris butang pada blazer dan kelihatan mudah dikenakan terutama untuk wanita dengan personaliti ‘natural‘.

Blazer ini adalah pilihan yang sangat baik untuk semua bentuk tubuh wanita.

.

.

.

6. Double Breasted Blazer

Blazer ini mempunyai kolar dan permukaan yang bertindih. Bahagian hadapan blazer juga mempunyai dua lajur butang selari.

Double Breasted Blazer ini adalah pilihan blazer untuk wanita terutamanya yang mempunyai personaliti dramatic dan romantic untuk tampil lebih bergaya dan dramatik dalam acara business-formal.

Namun bukan semua bentuk tubuh wanita sesuai untuk bergaya dengan blazer jenis ini.

.

.

.

.

7. One Button Blazer

Blazer ini hanya mempunyai satu butang. Desain bazer jenis ini lebih ringkas. Tidak seperti blazer lelaki, blazer satu butang bagi wanita masih boleh dipakai dalam urusan formal apabila dihasilkan dengan jahitan yang berstruktur dan solid serta berwarna korporat.

One button blazer adalah sesuai dipakai oleh semua bentuk badan wanita. Ianya adalah pilihan yang tepat bagi wanita yang mempunyai rangka tubuh yang kecil dan rendah.

.

.

.

.

.

 

8. Two Button Blazer

Blazer jenis ini hadir dengan hanya dua butang kancing yang membuatkan ia  menyerlah dengan gayanya yang tersendiri.

Two Button Blazer ini pula sesuai dipakai oleh wanita berketinggian sederhana.

 

 

 

 

 

 

 

blazer wanita di pasaran

9. Three Button Blazer

Blazer jenis ini kebiasaannya menutup blazer hingga ke atas.

Three Button Blazer ini hanya sesuai dipakai oleh wanita yang tinggi, dan tidak digalakkan dipakai oleh wanita yang rendah.

 

 

 

 

 

.

blazer wanita

10. Leather Blazer

Blazer kulit ini direka dengan kulit PU. Wanita yang berani bergaya dan berfesyen pastinya sukakan jenis blazer sebegini. Ia mampu memberikan gaya yang agak dramatik, lasak dan maskulin.

Warnanya dan gayanya yang tersendiri mampu menarik perhatian orang ramai dalam dunia fesyen ini.

Sudah tentu Leather Blazer ini hanya sesuai dipakai untuk acara casual atau smart-casual. Anda pastinya akan menjadi perhatian apabila memakainya.

 

 

 

.

11. Deep Lapel Blazer

Blazer ini diperbuat tanpa mempunyai butang yang terletak lurus. Blazer seperti ini apabila dipakai akan menarik perhatian kepada bahagian lapel blazer.

Deep Lapel Blazer ini kurang sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk tubuh carrot atau ‘segitiga terbalik’ kerana ia akan memberi ilusi yang besar dan sarat di bahagian atas tubuh.

 

.

.

.

.

.

blazer wanita di pasaran

12. Sailor Blazer

Blazer ini kebiasaannya datang dengan sailor style. Ia agak unik dan berbeza daripada blazer yang sering digunakan.

Reka bentuknya agak berstruktur dan ia merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

Blazer ini sesuai dipakai untuk acara smart casual.

.

.

.

.

.

13. Military Blazer

Blazer ini adalah pilihan yang sempurna untuk sisi gaya fashionista anda. Bentuk siluet dengan hiasan butang logam membuatkan blazer ini kelihatan menyerlah.

Bagi wanita berani mencuba dan mahukan sesuatu yang dramatik, military balazer ini adalah sesuai untuk anda.

 

.

.

.

.

.

blazer wanita di pasaran

14. Denim Blazer

Blazer denim direka dengan kain denim. Blazer ini dilengkapi dengan butang di bahagian hadapan.

Peminat denim pasti akan jatuh cinta dengan blazer ini. Anda akan kelihatan bergaya dalam tema santai dan ranggi.

Blazer ini sesuai digayakan untuk travelling dan acara lasak.

.

.

.

.

.

15. Bolero / Cropped Blazer

Blazer ini kebiasaannya lebih pendek daripada blazer biasa. Penggemar fesyen pastinya sukakan blazer jenis ini. Blazer ini boleh menaikkan gaya harian anda dengan lapisannya yang sempurna.

.

.

.

.

.

.

.

blazer wanita di pasaran

16. Longline Blazer

Blazer jenis ini panjang dan boleh mencapai hingga ke paras lutut.

Blazer ini sangat sesuai untuk digayakan oleh wanita yang mempunyai bentuk tubuh pear (saiz pinggul yang lebar dan mencabar). Oleh kerana ramai wanita yang mempunyai bentuk tubuh pear maka pemilihan longline blazer adalah tepat untuk digayakan sama ada untuk urusan formal atau semi formal.

Anda akan kelihatan sopan, profesional dan meyakinkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan anda.

 

.

.

.

17. Cape Blazer

Gaya blazer ini adalah gaya fesyen yang baru. Walaupun ia kelihatan agak unik, namun fesyen  ini mula  mendapat tempat di pasaran kerana ramai wanita yang meminati gaya blazer seperti ini.

Bagi wanita yang gemarkan fesyen dan sesuatu yang segar, mungkin sudah tiba masanya cape blazer ini berada dalam koleksi blazer anda.

.

.

.

.

.

.

blazer wanita di pasaran

18. Oversized Blazer

Blazer ini tidak dibuat untuk saiz yang tertentu dan ia direka sesuai dengan keselesaan. Blazer adalah pilihan terbaik untuk diisi di dalam almari pakaian kasual anda.

.

.

.

.

.

.

.

19. Asymmetric Blazer

Blazer ini bukanlah blazer yang berstruktur. Blazer ini datang dengan reka bentuk yang tajam (diagonal) yang menghiasi pakaian dengan cukup berseni.

Blazer ini menonjolkan gaya yang lebih glamour dan fancy, sesuai untuk wanita yang sukakan gaya feminin dan menarik perhatian dalam acara yang glamour.

.

.

.

.

.

blazer wanita di pasaran

20. Lace Blazer

Blazer ini diperbuat daripada kain renda dan ia merupakan jawapan kepada keperluan fesyen anda.

Blazer renda ini memenuhi keperluan wanita yang mahukan blazer yang cantik dan dalam masa yang sama membuatkan anda berasa selesa.

.

.

.

.

.

.

21. Printed Blazer

Blazer jenis ini dibuat dengan corak yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Ianya sesuai untuk dipakai untuk gaya casual dan business casual untuk acara yang meriah.

.

.

.

.

.

.

.

blazer wanita di pasaran

22. Peplum Blazer

Blazer ini agak tertumpu pada bahagian pinggang. Blazer ini pilihan yang sempurna untuk gaya tertentu. Anda boleh dapatkan blazer ini dalam pelbagai fabrik, warna dan reka bentuk.

.

.

.

.

.

.

.

23. Waterfall Blazer

Blazer air ini mempunyai sentuhan feminin dan ia juga merupakan blazer yang direka dengan desain seperti air terjun yang mengalir. Ia juga sedikit panjang untuk menampakkan gaya kontemporari.

.

.

.

.

.

.

.

blazer wanita di pasaran

24. Blazer Dress

Cubalah blazer hebat dengan gaya yang baru ini. Blazer jenis ini adalah sesuatu yang diperlukan oleh semua fashionista.

Wrap around blazer, one-shoulder pattern, belted frayed denim, dan macam-macam lagi jenis blazer dress yang boleh anda miliki.

Ia mempunyai panjang hingga ke lutut dan direka seperti jaket blazer yang anda boleh gayakan seperti memakai dress.

.

.

.

.

.

 

 

Thursday, October 26th, 2017October 26, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *