10 Adab Dan Etiket Penting Di Dalam Mesyuarat

10 Adab Dan Etiket Penting Di Dalam Mesyuarat

Mesyuarat dan kehidupan bekerjaya memang tidak dapat dipisahkan. Mungkin ada di antara kita yang hampir setiap hari perlu menghadiri mesyuarat, sama ada mesyuarat yang tempohnya singkat atau agak panjang. Apa pun jenis mesyuarat yang kita hadiri, apabila ia memberi kesan besar terhadap kerjaya dan bisnes kita, maka perlu dirancang dengan teliti bagaimana cara kita membawa diri atau menonjolkan diri kita di dalam mesyuarat.

Mesyuarat adalah tempat yang boleh kita tontoni pakej diri seorang pekerja, bagaimana komunikasinya ketika menyuarakan pandangan dan mengusulkan pendapat, adabnya ketika tidak berpuas hati dan ketika menerima kritikan, tingkah-lakunya ketika ahli lain sedang bercakap serta ketika dia tidak bercakap, serta   penampilannya ketika hadir mesyuarat. Kerana itu mesyuarat adalah antara tempat yang tepat untuk kita membina reputasi diri kita dalam organisasi. Rancang sebaiknya bagaimana kita ingin dilihat dan dinilai ketika menghadiri mesyuarat. Apa sahaja adab, etiket dan tingkah-laku kita sepanjang bermesyuarat akan sentiasa diperhatikan dan mempunyai risiko kepada masa hadapan kerjaya atau bisnes kita. Di sini terlihatnya profesionalisme, komitmen dan sikap kita dalam kerja yang dilakukan.

Di sini saya ingin kongsikan 10 adab atau etiket bisnes ketika menghadiri mesyuarat,  semoga ia boleh dijadikan panduan dan amalan untuk kita menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dan di dalam masa yang sama mampu melonjakkan kredibiliti diri kita dalam kerjaya dan bisnes yang kita ceburi.

1.Datang tepat pada masanya atau hadir awal. Sekiranya tidak boleh hadir awal, elakkan daripada terlewat, sekurang-kurangnya datang tepat pada waktu mesyuarat bermula. Sekiranya terlewat, masuk dengan senyap tanpa melakukan perkara yang boleh menarik perhatian orang lain.

2.Apabila dijemput menghadiri mesyuarat, pastikan kita memberi maklum balas.

3Jangan mengharapkan orang lain untuk hadir sebagai ganti di dalam mesyuarat.

4.Bersedia dengan pen dan kertas.

5.Sekiranya perlu membuat pembentangan, pastikan slaid power point dan lampiran telah disediakan. Lampiran hendaklah diserahkan kepada pihak yang terlibat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat.

6.Pastikan alat elektronik seperti telefon bimbit di dalam mode senyap. Sekiranya terlupa untuk mematikan telefon bimbit, jangan jawab panggilan ketika bermesyuarat.

7.Sekiranya ingin bertanyakan soalan, angkat tangan dan tunggu sehingga diberi izin bertanya soalan.

Adab Dan Etiket Penting Di Dalam Mesyuarat

8.Jangan bertanyakan soalan yang panjang. Pecahkan kepada beberapa bahagian dan bertanya satu perkara pada satu-satu masa.

9.Ahli mesyuarat yang ingin bercakap hendaklah memohon keizinan daripada pengerusi mesyuarat, dan menghalakan ucapannya kepada pengerusi mesyuarat, walaupun ingin memberi pandangan kepada ahli mesyuarat yang duduk di sebelahnya. Ini bertujuan menghormati pengerusi dan semua ahli mesyuarat, selain daripada memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat. Apabila diberi peluang bercakap dan menyuarakan pendapat, bercakaplah dengan yakin, jelas dan terang serta jangan bersikap angkuh dan sombong.

10. Adab ahli mesyuarat yang tidak bercakap adalah seperti berikut :

Masuk/keluar bilik mesyuarat dengan tertib, elakkan melintas ruangan tengah bilik/dewan mesyuarat, elakkan membaca bahan yang tiada kaitan dengan perkara yang dibahaskan serta elakkan mengganggu dan menyampuk ahli mesyuarat lain yang sedang bercakap.

Saturday, August 27th, 2016August 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *